DRIVERS KNOWLEDGE CENTRE * JIKA ANDA RASA BLOG INI BERMANFAAT-SHARE DI FB/BLOG/TWITTER ANDA

Monday, 16 May 2011

PEMANDUAN SEMASA KECEMASAN

Semasa berada dalam keadaan kecemasan, pemandu dinasihatkan agar bertenang. Fikirkan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Berikut ada beberapa masalah sewaktu memandu dan cara-cara penyelesaiannya

1. Brek Gagal Berfungsi
Seseorang pemandu menekan injak brek.Tetapi injak brek terus menyentuh lantai, pamkan injak brek dengan segera. Tindakan ini kemungkinan dapat memulihkan tekanan brek. Sekiranya tekanan gagal dipulihkan dan jalan raya selamat, berada dalam gear dan tarikkan brek tangan beransur-ansur. Kalau boleh, tukar kepada gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan.
Sekiranya brek gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam, atau di mana kenderaan itu membahayakan pengguna jalan raya yang lain, segera carikan objek untuk digesel - semak di tepi jalan, rel adang, termasuk kereta-kereta yang diletakkan di tepi jalan, kepingan logam yang kemek boleh diperbaiki.

Guna hon dan lampu untuk member! amaran kepada lain-lain pemandu dan pejalan kaki. Mematikan suis pencucuhan membantu tetapi ia amat merbahaya untuk kenderaan bersistem berautomatik dan stereng kuasa Jangan kunci stereng.

2. Kenderaan Terbabas
Belokan yang mendadak, menukar lorong dengan tiba- tiba atau membrek dengan kasar boleh menyebabkan sesebuah kenderaan itu terbabas terutama di atas permukaan jalan yang basah.
Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas lepaskan pemecut dengan segera dan tekan cekam Pusingkan stereng mengikut arah bahagian belakang yang terbabas itu. Pemandu kenderaan berkenaan akan lega apabila kenderaan itu berjaya dikawal semula. Kemudian luruskan arah stereng. Jangan gunakan brek dalam usaha ini.

3. Pemecut Terlekat
Jika keadaan jalan raya selamat, cuba tarikkan injak pemecut yang terlekat itu dengan hujung kasut anda Sekiranya keadaan tidak mengizinkan, matikan suis pencucuh dan brek untuk memberhentikan kenderaan Mematikan suis pencucuh boleh menyebabkan sistem stereng kuasa dan brek kuasa gagal berfungsi. Kawalan stereng dan brek menjadi masalah. Pegang stereng dengan kuat. Berjaga-jaga supaya stereng tidak terkunci semasa suis pencucuh dimatikan.

Jika kenderaan perlu diberhentikan dengan segera atau keadaan jalan raya tidak selamat, biarkan enjin berjalan dan tukar gear dalam keadaan neutral atau tekan cekam. Berhenti segera dan matikan enjin. Enjin yang dibiarkan berjalan boleh memudaratkan enjin itu sendiri, tetapi keadaan ini lebih baik daripada terlibat dengan kemalangan.

4.TayarPecah
Pegang stereng dengan erat. Jangan belok lebih untuk membetulkan arah stereng. Jika tayar belakang yang pecah, bahagian belakang kenderaan akan menjadi tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan. Brek perlahan-lahan dan berhati-hati. Perbuatan membrek dengan tiba-tiba mungkin menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar untuk dikawal.

Naik ke atas bahu jalan perlahan-lahan ke kawasan yang rata dan selamat untuk menukar tayar. Jangan menukar tayar dalam kawasan merbahaya. Sentiasa nyalakan lampu isyarat kecemasan atau alat-alat amaran kecemasan yang lain.

5. Lampu Hadapan Kenderaan Terpadam
Jika kejadian ini berlaku ia menghadkan pandangan, amalkan tindakan memegang stereng untuk meluruskan arah pergerakan kenderaan dan brek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas. Beransur-ansur naik ke atas bahu jalan jauh dari aliran lalu lintas. Hentikan kenderaan segera sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku. Nyalakan lampu isyarat kecemasan supaya pengguna jalan raya yang lain tahu apa yang sedang berlaku. Digalakkan supaya menggunakan peralatan kecemasan yang lain seperti alat pemantul cahaya untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain.

6. Kenderaan Terbakar
Biasanya kebakaran pada kenderaan berlaku akibat litar pintas dalam sistem elektrik. Jangan membuang masa. Hentikan kenderaan dengan segera. Matikan sistem pencucuh dan keluarkan penumpang yang berada dalam kenderaan itu. Buka bonet dan umpilkan wayar-wayar yang terbakar jika boleh. Wayar-wayar mudah digantikan berbandingkan dengan nilai sebuah kenderaan.

Gunakan alat pemadam api atau tahan kenderaan lain untuk mendapat bantuan.

Jika tiada alat pemadam api, cuba padamkan api itu dengan kain atau gebar yang tebal. Jangan dipegang wayar-wayar yang terbakar dengan tangan tanpa alas. Kebakaran berkaitan elektrik adalah serius. Sekiranya api tidak dapat dikawal, hendaklah tinggalkan kenderaan sebelum tangki minyaknya meletup.

7. Bonet Terbuka
Brek beransur-ansur. Naik ke atas bahu jalan. Lihat melalui tingkap untuk panduan memandu. Sentiasa pastikan bahawa bonet ditutup rapat selepas kenderaan diservis.

8.Terpaksa Berhenti Di Atas Lebuhraya
Beri isyarat dan susur keluar ke tepi lebuhraya perlahan-lahan. Nyalakan lampu hadapan yang rendah di waktu senja, malam atau waktu hujan. Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.

Jika kenderaan terhenti dalam arus lalu lintas di selekoh, di puncak bukit atau Iain-lain lokasi yang boleh mendatangkan bahaya, keluarkan penumpang jauh dari aliran lalu lintas. Jangan halang lampu belakang kenderaan dengan berdiri atau melakukan kerja-kerja lain di belakang kenderaan. Pastikan alat-alat kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan. Angkatkan bonet dan dapatkan bantuan.

9. Menghadapi Sesuatu Kemalangan
Perancangan dan pengetahuan adalah mustahak dalam tindakan mengelak kemalangan dari arah hadapan - di mana kemalangan yang paling dahsyat.
Brek sekuatnya. Had laju yang rendah mengurangkan daya impak. Hala ke arah bahu jalan di sebelah kiri dan keluar dari jalan raya.Bunyikan hon, nyalakan lampu hadapan.

Jika kenderaan di hadapan masih menuju ke arah yang sama, masuk ke dalam parit atau kawasan lapang di sebelah kiri. Jangan cuba membelok ke sebelah kanan, kerana pemandu kenderaan itu mungkin tersedar dan melanggar kenderaan anda.

10. Kenderaan Terjunam Ke Dalam Air
Terjunam di dalam air adalah tragedi yang tidak dapat dijangka. Kejadian ini boleh menyebabkan panik. Ada beberapa tip yang telah dibuktikan melalui beberapa ujian.
Sesebuah kenderaan dengan tingkap dan pintu tertutup akan melampung selama 3 hingga 10 minit. Cara yang baik untuk keluar ialah melalui tingkap.
Setengah pakar berpendapat supaya membuka tingkap segera dan keluarkan kanak-kanak dahulu. Mereka akan timbul di permukaan air. Ada juga yang berpendapat supaya membentuk satu rangkaian manusia dan keluar melalui tingkap kenderaan.

Adalah mustahak hanya seorang sahaja mengawal keadaan. Tingkap-tingkap dapat diturunkan dengan mudah, melainkan tingkap kuasa. Jadi turunkan tingkap-tingkap itu dengan segera. Pecahkan kaca tingkap dengan benda yang keras atau ditendang dengan kaki.
Adalah sukar untuk membuka pintu di bawah tekanan air. Baki udara biasanya terkumpul di dalam kenderaan. Jika kenderaan itu menjunam ke hadapan, udara akan terkumpul di bahagian belakang berhampiran bumbung. Tunggu sehingga tekanan menjadi seimbang. Kemudian buka pintu dan keluar segera.

11. Kaca Skrin Pecah
Perlahankan kenderaan. Jenguk melalui tingkap dan berhenti di tempat yang selamat. Kalau boleh rentangkan gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain tersebut.
Buatkan satu lubang pada kaca skrin. Pemandu kenderaan hendaklah melindungi mata dengan memakai kaca mata. Gantikan kaca skrin yang pecah dengan segera

12. Enjin Kenderaan Tidak Boleh Dihidupkan
Jika Bukan Akibat Kehabisan Minyak
Jika kenderaan berautomatik, letakkan dalam neutral. Tolakkan tuil gear dari satu posisi ke satu posisi. Cara ini mungkin boleh membebaskan suis keselamatan.
Padamkan radio, lampu-lampu dan Iain-lain punca elektrik untuk mengurangkan saliran kuasa letrik dari bateri.
Rehatkan bateri seketika.
Tekankan pemecut separuh untuk menyambarkan cok automatik.
Nyalakan pencucuh sehingga enjin dapat dihidupkan atau selama 5 hingga 10 saat. Jika enjin masih tidak boleh hidup, mungkin enjin telah dibasahi oleh petrol.
Tunggu 2 hingga 3 minit.Tekan pemecut hingga mencecah lantai dan biarkan dalam posisi itu. Hidupkan enjin. Jangan pamkan pemecut, ia akan menyebabkan enjin terlalu basah dengan petrol. Apabila enjin hidup biarkan sehingga 30 saat sebelum berjalan.
Jika enjin masih tidak boleh dihidupkan, dapatkan bantuan mekanik.

13. Kerosakan Pada Kenderaan
Kerosakan mungkin disebabkan oleh:-
i) Kehabisan minyak
ii) Pemanasan lebih
iii) Punca elektrik
iv) Karburetor basah
v) Pencucuh basah
vi) Kotoran pada sistem pembakaran
vii) Tali kipas putus

a) Kehabisan Minyak
Periksa tolok minyak. Jika bacaannya "E" atau "Empty" isikan minyak.
b) Pemanasan Lebih
Penunjuk suhu akan menyala. Berhenti segera dan matikan enjin. Angkat bonet supaya enjin dapat menyejuk Jangan sentuh penutup radiator. Setelah radiator berhenti mengewap, tunggu setengah jam lagi. Kemudian bukakan penutup dan tambah air. Periksa sistem penyejuk untuk mengesan talian putus atau saluran yang bocor.
Sistem penyejuk hendaklah diperiksa segera, termasuk jangka suhu dan penutup penyinar.
c) Kerosakan Sistem Elektrik
Biasa berpunca daripada fius terbakar, pendawaian putus atau terminal bateri kotor. Jika kesemua sistem gagal dihidupkan, puncanya ialah pada bateri. Tanggalkan kabel bateri dan bersihkan terminal bateri.
d) Bau Petrol Bermakna Enjin Dibanjiri Dengan Petrol
Tanggalkan penapis udara dan bukakan penyelak. Hidupkan enjin. Enjin akan menjadi kering dan dapat dihidupkan.
Palam pencucuh dan kabel-kabel serta litar pencucuh yang basah hendaklah dikeringkan dengan kain pengelap. Sistem pencucuh yang basah menyebabkan enjin sukar dihidupkan.
Sekiranya sistem pembakaran tersumbat dengan kotoran, tanggalkan penapis udara. Kotoran boleh dibuang dengan meletakkan telapak tangan atas karburetor sambil seorang pembantu menghidupkan pencucuh.
Jika tali kipas putus, ikatkan stokin nylon atau tali yang sesuai sebagai gantian.

14. Menukar Tayar
Apabila tayar bocor dalam perjalanan, kawal stereng dan pandu keluar dari jalan raya. Jangan tekan brek.
Tarik brek tangan. Letakkan batu atau pengadang di bawah tayar pepenjuru dengan tayar yang bocor. Keluarkan bicu/ jak.sepana dan tayar ganti.
Tanggalkan tudung tayar dengan pemutar skru. Longgarkan nat sebelum kenderaan dibicukan.
Letakkan bicu di atas permukaan tanah yang keras dan pamkan bicu sehingga tayar kenderaan dinaikkan ke paras 10 sm.

Tanggalkan nat dan letakkan ke dalam tudung tayar supaya nat tidak kehilangan. Tanggalkan tayar yang bocor itu dan pasangkan tayar ganti serta skru semula nat tetapi tidak ketat.
Turunkan kenderaan. Ketatkan semua nat dengan sepana dan pasang semula tudung tayar.
Amaran Jangan masuk di bawah kenderaan yang sedang dibicukan. 

15.Peralatan Kecemasan
  1. Alat-alat pemantul cahaya
  2. Kotak ubat dan buku panduan
  3. Lampu suluh
  4. Alat pemadam api jenis kering
  5. Bicu dan sepana
  6. Kabel pelompan 
    Tali untuk tunda
    Alat pemutar skru
    Sepana palam pencucuh 
  7. Pelbagai jenis sepana 
  8. Playar 
  9. Penyembur untuk menanggalkan kotoran 
  10. Tali kipas kecemasan 
  11. Satu bekas mengandungi air bersih

No comments:

PILIH KAMI

KENAPA ANDA BOLEH MEMPERCAYAI KAMI !!!

i. KAMI BERKHIDMAT UNTUK MENCARI KEUNTUNGAN BERDASARKAN TANGGUNGJAWAB, KESUNGGUHAN DAN AMANAH.
ii. MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN DARI RUMAH ANDA TERUS KE LITAR LATIHAN/UJIAN.
iii. LATIHAN DI BUAT DI LITAR UJIAN.
iv. HANYA 1 CALON DILATIH DALAM TEMPOH MASA YANG DITETAPKAN.
v. TIDAK PERLU MENUNGGU GILIRAN SEMASA LATIHAN (BERDASARKAN PENJADUALAN UNTUK CALON YANG DATANG SENDIRI)
vi. JADUAL LATIHAN DI CADANGKAN OLEH CALON SENDIRI.
vii. KHIDMAT PENGANGKUTAN DISEDIAKAN DAN TIDAK DITOLAK DARI MASA LATIHAN.
viii. BAYARAN SECARA ANSURAN DENGAN BAYARAN PERMULAAN YANG RENDAH.
ix. TIADA BAYARAN TERSEMBUNYI, SEMUANYA DITERANGKAN KEPADA CALON.
x. POTONGAN HARGA BERDASARKAN PROMOSI DARI MASA KE SEMASA.
xi. POTONGAN HARGA UNTUK PENDAFTARAN SECARA BERKELOMPOK.
xii. POTONGAN HARGA KEPADA CALON YANG MENDAFTARKAN KENALAN KEPADA KAMI.
xiii. PENGAJAR YANG BERPENGALAMAN DAN MEMPUNYAI SIJIL YANG SAH DI SISI UNDANG-UNDANG.
xiv. PENGAJAR YANG SABAR DAN BERTANGGUNGJAWAB.
xv. KENDERAAN LATIHAN YANG SAH DAN SELAMAT DIGUNAKAN.

TERMA PENETAPAN HARGA

1. TANPA PENGANGKUTAN. Harga adalah mengikut harga yang ditetapkan oleh JPJ. (Caj perkhidmatan mengurus akan dikenakan).

2. PENGANGKUTAN PENUH. Caj pengangkutan dari mula hingga tamat program akan ditambah dari harga asal berdasarkan purata jarak perjalanan dari rumah anda ke litar latihan di Bangi sepanjang tempoh kursus. Caj yang dibenarkan oleh pihak JPJ adalah RM0.50/km sehala.

KEMUDAHAN YANG KAMI SEDIAKAN

Antara kemudahan dan infa yang kami sediakan adalah seperti berikut:

* PENGANGKUTAN (Perkhidmatan dari pintu ke pintu bagi yang berdaftar dgn Cawangan kami sahaja)
* LITAR LATIHAN (Pelatih terus dilatih di litar ujian dari peringkat asas hinggalah layak menduduki ujian JPJ)
* BILIK KULIAH (Kursus-kursus di laksanakan setiap hari Rabu atau Sabtu atau Ahad)
* LALUAN JALAN RAYA (Pelatih terus didedahkan dengan laluan ujian yang sebenar)
* KENDERAAN LATIHAN (Kenderaan latihan yang sah dan selamat - Viva untuk jalanraya, Kancil untuk dalam litar)
* KANTIN.
* SURAU.
* TANDAS.
* PENGAJAR YANG SAH (Memiliki kelayakan sebagai Penceramah dan Jurulatih praktikal yang dilatih oleh JPJ)

BLIND SPOTS (TITIK BUTA)

PERINGATAN

INGATAN BAGI MENGELAKKAN PENIPUAN !!!

# Kenalpasti terlebih dahulu dengan siapa anda berhubung.
# Buat temujanji dan minta bukti2 untuk memastikan kesahihannya.
# Sekiranya pendaftaran melalui tel., pastikan bayaran dibuat setelah anda berada dilokasi kursus.
# Pastikan anda mendapat penerangan secukupnya.
# Pastikan anda diberikan sebutharga yang lengkap.
# pastikan tiada harga atau bayaran yang terselindung selain dari bayaran2 yang telah diterangkan.
# sekiranya anda anggap harga yang ditawarkan rendah, pastikan anda diberi penerangan yang jelas berkaitan perkhidmatan yang akan diberikan.
# jangan sekali-kali membuat pembayaran awal lebih dari 50% harga yang ditawarkan.
# kenalpasti siapakah yang akan mengajar anda atau pengurusnya, dapatkan sekurang2nya nombor sijil pengajarnya. ia bagi membolehkan anda membuat aduan kepada JPJ sekiranya berlaku perkara2 yang tidak diingini kelak.
# Hubungi kami untuk maklumat & khidmat nasihat percuma walaupun anda tidak mendaftar dengan kami.

HYDROPLANING

HOW TO AVOID CAR ACCIDENTS

Avoiding accidents can save you a lot of time and money

1. Slow down. Obey the speed limit even if every other car is surpassing it. Remember that police officers often stay hidden from view while looking for speeders. If you're caught driving too fast, they won't hesitate to give you a ticket.

2. Let others pass you. Defensive driving means letting others go ahead-not defending your position in traffic. Avoid the urge to be a vigilante ("Oh yeah? Let me show you what it's like to be cut off like that!") Accept the fact that someone is always going to think they're in more of a hurry than you. These are the drivers you want to move far away from, not to 'teach them a lesson.'

3. Try to avoid driving in bad weather. Always keep your windshield wipers going in the rain or snow. Defrost your windshield to keep it from fogging up. Turn on your headlights to help others to see you--this is also the law in some states. If possible, try to avoid driving in the snow at all, especially if your car is rear wheel drive. If you must go out in the snow, drive extra slow, use the brakes and gas pedal gently, and maintain an increased stopping distance.

4. Never get into a car with a drunk driver. It is always best to have a "designated driver". Never drive after you have had alcoholic beverages. Even one beer can alter your ability to drive safely.

5. Wear a seatbelt. This is a must. By law in many countries, all cars must have a safety restraint. Buckling up only takes a second and can save your life in an accident. Children should always be in a booster seat or car seat until they are tall enough and heavy enough to sit by themselves. This generally includes children age eight and under. Never put a child in a car or booster seat in the front passenger seat or other seat with airbags. Children should generally be 12 and older when sitting in the front passenger seat.

6. Keep your car and its accessories in good condition. Keep the tires properly inflated, the brakes adjusted, and the windshields and windows clean. Replace windshield wiper blades when they begin to streak, and all make sure all the lights are working properly.

7. Use your signals properly. Always use your signal, even if you think no one is there. When changing lanes on the freeway, don't signal as an afterthought or during the lane change. Signal at least a couple of seconds in advance so others know what you're going to do before you do it. (Ever notice how most of the skid marks along the highway are just before an exit ramp? - this is where you have to be the most careful.)

8. Don't tailgate. No matter how slowly traffic is moving, keep at least two seconds of following distance between you and the car ahead. Any less and you won't be able to stop in time if the driver ahead slams on the brakes.

9. Keep your eyes moving. Don't get in the habit of staring at the back of the car ahead of you. Periodically shift your eyes to the side-view mirrors, the rear-view mirror, and ahead to where you'll be in 10-15 seconds. Doing this, you can spot a potentially dangerous situation before it happens.

10. Dim your lights when driving at night, when another car is approaching, or when you are following behind a vehicle. Your lights can temporarily blind another driver.

11. Avoid distractions when you are driving. Pull over if you need to talk on the phone, read directions, or eat a snack. It only takes a second or two of distraction to get into trouble.

ROUNDABOUT