Khamis, 9 Oktober 2014

BAGAIMANA ANDA MERANCANG UNTUK MEMPEROLEHI LESEN

MERANCANG KURSUS

MAKLUMAT

Untuk apa sahaja, perancangan adalah sangat perlu. Apa lagi ia dianggap keperluan dan melibatkan kewangan, masa dan pihak ketiga. Andai kita gagal merancang, maka sebenarnya kita sudah merancang untuk gagal. Begitu juga untuk mendapatkan sesuatu seperti Lesen Memandu, tanpa perancangan yang rapi, pastinya ia akan menjadi sukar yang akhirnya hanya mengundang masalah dan bebanan. Dalam kontek untuk memiliki Lesen Memandu, maklumat/keperluan berikut perlu difikirkan sebelum membuat perancangan.



1.   Anda perlu faham bagaimana proses lesen dilaksanakan.
2.   Anda perlu tahu jangka/had masa keseluruhan proses, modul dan latihan yang perlu dilalui.
3.   Anda perlu tahu tempoh sah sesuatu modul.
4.   Anda perlu tahu harga produk yang dilanggan termasuk kos yang di luar jangka secara tepat dan menyeluruh.
5.   Anda perlu tahu cara bayaran yang dibolehkan dan tempoh sah setiap peringkat bayaran.
6.   Anda perlu tahu hari-hari kursus, latihan, ujian yang ditetapkan oleh institut/sekolah memandu.
7.   Anda juga perlu tahu dengan siapa anda berurusan bermula dari pendaftaran sehingga selesai program.

DIRI ANDA

Setelah maklumat seperti yang dinyatakan di atas diperolehi, Anda perlu pula untuk menyediakan diri anda keperluan berikut:

1.   Kewangan - Adakah sudah mencukupi?, andai tidak, bolehkah ia distrukturkan mengikut gaji bulanan anda berdasarkan maklumat di atas atau dengan cara yang anda rasa berkemampuan.
2.   Masa - Anda penuntut atau suri rumah atau berkerja atau bercuti panjang?.. pastikan anda ada masa atau cukup masa atau boleh mengadakan masa untuk hadir bagi memenuhi keperluan program.
3.   Keperluan/Minat - Pastinya ia adalah keperluan, biarpun mungkin bukan untuk sekarang tapi ia sebagai persediaan untuk masa akan datang, maka keperluan tersebut memerlukan minat untuk membina kesungguhan.
4.   Mental/Fizikal - Dalam proses pembelajaran apa lagi yang melibatkan praktikal, persediaan mental sangat perlu untuk mengelakkan rasa putus asa, manakala fizikal perlu disesuaikan dengan produk yang ditawarkan.

MERANCANG

Setelah maklumat dan kesediaan diri anda 'fit' untuk diolah, maka barulah kita mampu merancang dengan baik. Merancang untuk menghadiri program kursus memandu dipecahkan kepada beberapa bahagian.

PENDAFTARAN/MODUL KPP01

1.   Melibatkan Kursus Teori (sehari) dan Ujian Undang-undang (setengahari)
2.   Kursus Teori (hari Sabtu untuk kereta dan Ahad untuk Motor) - masa/tarikh ?
3.   Ujian Undang-undang (paling awal 3 hari selepas kursus teori - bebas hari) - masa/tarikh?
4.   Bayaran Pendaftaran/Ansuran Pertama untuk kedua-dua  proses tersebut - bajet?
5.   Kedua-dua proses tersebut perlu diselesaikan dalam tempoh 3 bulan atau lebih awal setelah anda membayar Pendaftaran/Ansuran Pertama.
6.   Kontingensi - satu tarikh/masa dan bajet kos ulangan.- masa/tarikh/bajet?
7.   Kesimpulan - Anda hanya perlu menyediakan/mengada/cuti/cuti hujung minggu utk 3 hari sahaja dalam tempoh 3 bulan, manakala bayaran anda sediakan lebih awal sebelum hadir modul ini.
8.   Anda dah dapat Lesen L

MODUL KPP02 (Borang merancang latihan disediakan)
1.   Melibatkan latihan praktikal 9.5jam kelas motor dan 5.5jam kereta.
2.   Motor - 3 hari, setiap kali datang 3jam, 3jam dan 3.5jam (Selasa atau Sabtu sahaja) - masa/tarikh?
3.   Kereta - 3 hari, setiap kali datang 2jam,2jam dan 1.5jam (Bebas hari) - masa/tarikh?
4.   Bayaran KPP02/Ansuran Kedua untuk keseluruhan modul KPP02. - bajet?
5.   Keseluruhan proses modul KPP02 perlu diselesaikan dalam tempoh 3 bulan atau lebih awal setelah anda membuat bayaran KPP02/Ansuran ke2.
6.   Kontingensi - 1 tarikh/masa?
7.   Kesimpulannya - Anda hanya perlu menyediakan/mengadakan/cuti/cuti hujung minggu untuk 4 hari sahaja dalam tempoh 3 bulan, manakala bayaran telah dikumpul semasa proses modul KPP01.

MODUL KPP03  (Borang merancang latihan disediakan)
1.   Melibatkan latihan praktikal 6jam kelas motor dan 10jam kereta
2.   Motor - 3 hari atau kurang, setiap kali datang 2jam atau lebih (kcuali hari Selasa) - masa/tarikh?
3.   Kereta - 5 hari atau kurang, setiap kali datang 2jam atau lebih (bebas hari) - masa/tarikh?
4.   Bayaran KPP03/Ansuran Ketiga untuk keseluruhan modul KPP03 - bajet?
5.   Keseluruhan proses modul KPP03 perlu diselesaikan dalam tempoh 3 bulan atau lebih awal setelah anda membuat bayaran KPP03/Ansuran ke 3
6.   Kontingensi - 1 tarikh/masa?
7.   Kesimpulannya - Anda hanya perlu menyediakan/mengadakan/cuti/cuti hujung minggu untuk 4 hari (motor), 6 hari (kereta) hari sahaja dalam tempoh 3 bulan, manakala bayaran telah dikumpul semasa proses modul KPP02.

PRA-UJIAN (QTI)
1.   Melibatkan Ujian dalaman selewat-lewatnya selesai dalam tempoh sehari (Kecuali hari Selasa untuk motor, kereta bebas hari) - masa/tarikh? 
2.   Bayaran QTI/Ansuran Keempat untuk hari pra ujian - bajet?
3.   QTI dilaksanakan setelah anda bersedia untuk ujian JPJ, dilaksanakan seminggu lebih awal dari tarikh ujian. QTI dilaksanakan sebaik anda membuat bayaran QTI/Ansuran ke 4
4.   Kontingensi - 1 tarikh/masa?
5.   Kesimpulannya - Anda hanya perlu menyediakan/mengadakan/cuti/cuti hujung minggu untuk 2 hari sahaja dalam tempoh 1.5 bulan, manakala bayaran telah dikumpul semasa proses modul KPP03.

UJIAN PRAKTIKAL JPJ
1.   Dilaksanakan selewat-lewatnya selesai dalam tempoh sehari (Hari jumaat sahaja, 2 kali sebulan) - masa/tarikh? 
2.   Bayaran Baki/Ansuran Kelima (jika ada berbaki) pada hari ujian - bajet?
3.   Kontingensi - tiada atau 2 minggu kemudiannya
4.   Kesimpulannya - Anda hanya perlu menyediakan/mengadakan/cuti seperti yang ditetapkan untuk 1 hari sahaja dalam tempoh 1.5 bulan, manakala bayaran telah dikumpul semasa proses modul QTI.

KESIMPULAN

1.   Keseluruhan tempoh program yang ditawarkan - 1 tahun 
2.   Cara bayaran - 5 kali ansuran mengikut modul dalam tempoh setahun
3.   Kehadiran - 10 hari untuk Motor, 12 hari untuk Kereta dalam tempoh setahun
4.   Kehadiran Kontingensi - 4 hari
5.   Program boleh diselesaikan seawal-awalnya dalam tempoh 1.5 bulan.


Berdasarkan pemerhatian/pengalaman, calon/ibu/bapa/penjaga/suami sentiasa kelihatan bermasalah atau terbeban bila mana sebahagian program telah terlaksana dan kelihatan sukar untuk meneruskan program dengan seribu satu alasan. khususnya bila melibatkan masa dan bayaran. Struktur bayaran dan tempoh program terlalu mudah berbanding lain-lain kursus berbayar, jadi kenapa gagal untuk merancang dengan baik?, Orang yang hebat merancang sebenarnya dia merancang untuk dirinya menjadi hebat. Selamat merancang..


Tiada ulasan:

PERINGATAN

INGATAN BAGI MENGELAKKAN PENIPUAN !!!

# Kenalpasti terlebih dahulu dengan siapa anda berhubung.
# Buat temujanji dan minta bukti2 untuk memastikan kesahihannya.
# Sekiranya pendaftaran melalui tel., pastikan hanya bayaran pendaftaran dibuat, selebihnya dibuat setelah anda berada dilokasi kursus.
# Pastikan anda mendapat penerangan secukupnya.
# Pastikan anda diberikan sebutharga yang lengkap.
# pastikan tiada harga atau bayaran yang terselindung selain dari bayaran2 yang telah diterangkan.
# sekiranya anda anggap harga yang ditawarkan rendah, pastikan anda diberi penerangan yang jelas berkaitan perkhidmatan yang akan diberikan.
# jangan sekali-kali membuat pembayaran awal lebih dari 50% harga yang ditawarkan.
# kenalpasti siapakah yang akan mengajar anda atau pengurusnya, dapatkan sekurang2nya nombor sijil pengajarnya. ia bagi membolehkan anda membuat aduan kepada JPJ sekiranya berlaku perkara2 yang tidak diingini kelak.
# Hubungi kami untuk maklumat & khidmat nasihat percuma walaupun anda tidak mendaftar dengan kami.

PILIH KAMI

KENAPA ANDA BOLEH MEMPERCAYAI KAMI !!!

BAGI MEMENUHI PIAWAIAN KUALITI PERKHIDMATAN & KETEPATAN MASA YANG DIJANJIKAN, KAMI TIDAK MEMERLUKAN KUANTITI CALON. PENDAFTARAN ADALAH TERHAD PADA SATU-SATU MASA.

*. KAMI BERKHIDMAT UNTUK MENCARI KEUNTUNGAN BERDASARKAN TANGGUNGJAWAB, KESUNGGUHAN DAN AMANAH.
*. MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN DARI RUMAH ANDA TERUS KE LITAR LATIHAN/UJIAN.
*. LATIHAN DI BUAT DI LITAR UJIAN.
*. HANYA 1 CALON DILATIH DALAM TEMPOH MASA YANG DITETAPKAN.
*. TIDAK PERLU MENUNGGU GILIRAN SEMASA LATIHAN (BERDASARKAN PENJADUALAN UNTUK CALON YANG DATANG SENDIRI)
*. JADUAL LATIHAN DI CADANGKAN OLEH CALON SENDIRI.
*. KHIDMAT PENGANGKUTAN DISEDIAKAN DAN TIDAK DITOLAK DARI MASA LATIHAN.
*. BAYARAN SECARA ANSURAN DENGAN BAYARAN PERMULAAN YANG RENDAH.
*. TIADA BAYARAN TERSEMBUNYI, SEMUANYA DITERANGKAN KEPADA CALON.
*. POTONGAN HARGA BERDASARKAN PROMOSI DARI MASA KE SEMASA.
*. POTONGAN HARGA UNTUK PENDAFTARAN SECARA BERKELOMPOK.
*. POTONGAN HARGA KEPADA CALON YANG MENDAFTARKAN KENALAN KEPADA KAMI.
*. PENGAJAR YANG BERPENGALAMAN DAN MEMPUNYAI SIJIL YANG SAH DI SISI UNDANG-UNDANG.
*. PENGAJAR YANG SABAR DAN BERTANGGUNGJAWAB.
*. KENDERAAN LATIHAN YANG SAH DAN SELAMAT DIGUNAKAN.

TERMA PENETAPAN HARGA

1. TANPA PENGANGKUTAN. Harga adalah mengikut harga yang ditetapkan oleh JPJ. (Caj perkhidmatan mengurus akan dikenakan).

2. PENGANGKUTAN PENUH. Caj pengangkutan dari mula hingga tamat program akan ditambah dari harga asal berdasarkan purata jarak perjalanan dari rumah anda ke litar latihan di Bangi sepanjang tempoh kursus. Caj yang dibenarkan oleh pihak JPJ adalah RM0.50/km sehala.

3. GST. Bermula 01/04/15, Semua transaksi bayaran yang melibatkan kos kepada pihak yang mendaftar dengan GST akan di tanggung oleh pelanggan/calon. Pihak yang terlibat dengan GST:

>. IM (HQ). (sewaan litar, kursus, sewaan kenderaan jika perlu dan tempahan ujian praktikal termasuk test card), - oleh Institut Memandu Amsa.
>. Pusat Ujian Berkomputer (ujian teori dan pengeluaran lesen L) - oleh MyEg Services

SELEKOH 'Z'

SELEKOH 'S'

LESEN KELAS H

HYDROPLANING/AQUAPLANING

ROUNDABOUT

KENDERAAN LATIHAN YANG SELAMAT

HOW TO AVOID CAR ACCIDENTS

Avoiding accidents can save you a lot of time and money

1. Slow down. Obey the speed limit even if every other car is surpassing it. Remember that police officers often stay hidden from view while looking for speeders. If you're caught driving too fast, they won't hesitate to give you a ticket.

2. Let others pass you. Defensive driving means letting others go ahead-not defending your position in traffic. Avoid the urge to be a vigilante ("Oh yeah? Let me show you what it's like to be cut off like that!") Accept the fact that someone is always going to think they're in more of a hurry than you. These are the drivers you want to move far away from, not to 'teach them a lesson.'

3. Try to avoid driving in bad weather. Always keep your windshield wipers going in the rain or snow. Defrost your windshield to keep it from fogging up. Turn on your headlights to help others to see you--this is also the law in some states. If possible, try to avoid driving in the snow at all, especially if your car is rear wheel drive. If you must go out in the snow, drive extra slow, use the brakes and gas pedal gently, and maintain an increased stopping distance.

4. Never get into a car with a drunk driver. It is always best to have a "designated driver". Never drive after you have had alcoholic beverages. Even one beer can alter your ability to drive safely.

5. Wear a seatbelt. This is a must. By law in many countries, all cars must have a safety restraint. Buckling up only takes a second and can save your life in an accident. Children should always be in a booster seat or car seat until they are tall enough and heavy enough to sit by themselves. This generally includes children age eight and under. Never put a child in a car or booster seat in the front passenger seat or other seat with airbags. Children should generally be 12 and older when sitting in the front passenger seat.

6. Keep your car and its accessories in good condition. Keep the tires properly inflated, the brakes adjusted, and the windshields and windows clean. Replace windshield wiper blades when they begin to streak, and all make sure all the lights are working properly.

7. Use your signals properly. Always use your signal, even if you think no one is there. When changing lanes on the freeway, don't signal as an afterthought or during the lane change. Signal at least a couple of seconds in advance so others know what you're going to do before you do it. (Ever notice how most of the skid marks along the highway are just before an exit ramp? - this is where you have to be the most careful.)

8. Don't tailgate. No matter how slowly traffic is moving, keep at least two seconds of following distance between you and the car ahead. Any less and you won't be able to stop in time if the driver ahead slams on the brakes.

9. Keep your eyes moving. Don't get in the habit of staring at the back of the car ahead of you. Periodically shift your eyes to the side-view mirrors, the rear-view mirror, and ahead to where you'll be in 10-15 seconds. Doing this, you can spot a potentially dangerous situation before it happens.

10. Dim your lights when driving at night, when another car is approaching, or when you are following behind a vehicle. Your lights can temporarily blind another driver.

11. Avoid distractions when you are driving. Pull over if you need to talk on the phone, read directions, or eat a snack. It only takes a second or two of distraction to get into trouble.

TRANSLATE