ASSALAMMUALAIKUM/SALAM SEJAHTERA..


LATARBELAKANG
Sedikit berkaitan profail saya untuk pengetahuan umum, saya Kapt(B) Mohamad Isqandar bin Salleh, Berasal dari Batu Pahat, Johor dan sekarang telah bermastautin di Seri Kembangan, Selangor, Berusia 44 tahun (2014), Telah berkeluarga dan mempunyai 3 orang cahaya mata (2 dara 1 teruna).. Gaya hidup agak sederhana dan masih berpegang dengan keterampilan sebagai seorang Pegawai Tentera (cuma dah tak garang... faktor usia kot.. jgn bimbang andai ditakdirkan menjadi pelatih saya)
PENDIDIKAN
![]() |
DARJAH 5 - SRJK(C) YAANI |

![]() |
TINGKATAN 3 - SMDS |
![]() |
TINGKATAN 4 - AFATS |
![]() ![]() |
TINGKATAN 5 - AFATS |
![]() |
POLITEKNIK KOTA BHARU |
KERJAYA


Telah diTauliahkan sebagai Pegawai Tugas Am dalam Kor Jurutera Letrik Dan Jentera DiRaja Angkatan Tentera Malaysia dengan Pangkat Leftenan selepas tamat pengajian dan Jabatan telah "menggantikan" German dengan Ulu Tiram (Maktab Tentera DiRaja - Graduate Cadet) untuk sekali lagi dibentuk menjadi Pegawai Tentera terlatih.
Pernah berkhidmat di Kem Desa Pahlawan, Kelantan sebagai Pegawai Subaltan, kemudian Pegawai Takbir. Berpeluang berkhidmat di Bosnia Herzigovina selama 8 bulan (MALCON V) sebagai Pegawai Operasi, dan kembali semula ke Kelantan, Telah dinaikkan pangkat Kapten dengan menjawat jawatan Penolong Pegawai Pemerintah (my boss Mejar Hasbullah masa tu).
![]() |
MALCON V - REME |
Pernah dilantik semula ke Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Timbalan Komandar Latihan PLKN secara kontrak, tapi meletak jawatan semula kemudiannya atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.
KERJAYA SEBAGAI PENGAJAR MEMANDU (DI) & SMALL BUSINESS
Serba ringkas berkaitan kerjaya baru, Kerjaya sebagai DI bermula pada pertengahan tahun 2006, dengan peringkat awalnya telah menyertai program francais anjuran Institut Memandu METRO dan seterusnya telah menghadiri kursus anjuran JPJ bagi memperolehi Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) dalam tahun yang sama.
Pada tahun 2007, telah menyertai Institut Memandu Amsa sebagai DI, kemudian pada tahun berikutnya telah berjaya menubuhkan dan mengurus sendiri peniagaan kecil di bawah hak Rakan Niaga kepada Institut tersebut sehinggalah ke hari ini. Telah menghadiri kursus lanjutan Sijil Kemahiran Mengajar Kurikulum Pendidikan Pemandu (Penceramah) anjuran Akademi JPJ Melaka pada tahun 2010 dengan gred kepujian bagi memperkasakan lagi kerjaya baru yang diceburi.
'DI' PADA PANDANGAN UMUM
Selain dari mengurus sendiri perniagaan kecil, kerjaya sebagai DI sebenarnya sangat menarik dan memerlukan komitmen yang tinggi serta kesungguhan. Saya terpanggil untuk mengupas sedikit kerjaya ini untuk tatapan dan renungan.
Kerjaya ini sering di pandang rendah oleh segelintir atau mungkin kebanyakan orang yang merasakan diri mereka berkedudukan dan berpendidikan, lebih malang lagi, kerjaya ini bukan dianggap profisional sedangkan ia melibatkan nyawa dan keselamatan, Seorang Pengajar Memandu hanya dianggap sebagai pemangkin untuk memperolehi lesen/sekeping kertas, tidak dihormati bahkan tidak pernah terbela sedangkan ia lebih hebat dari seorang pendidik yang hanya semata-mata bergaji besar tapi tidak komited.
Berdasarkan pengalaman saya, saya terpaksa mengunapakai 'pangkat' berserta keegoan dalam perkhidmatan dahulu untuk melonjakkan kerjaya baru saya supaya berkesan melawan pandangan serong sesetengah mereka yang ada kalanya terlalu negetif terhadap DI, Anda boleh layari mana-mana web/blog DI dari negara blok barat yang di kawal oleh Badan Profisional sebagai rujukan bertapa mereka mendapat tempat di dalam masyarakat.
DI UNTUK SEKEPING KERTAS
Rintitan dari sikap umum terhadap DI, pastinya ilmu yang dituntut tidak akan bermakna dan berkat, mungkin ini juga anugerah tuhan kenapa kadar kemalangan di negara kita masih kekal ditakuk lama, attitude/sikap kita menuntut ilmu bukan kerana perlunya ilmu itu untuk digunapakai, tetapi yang diperlukan hanya sekeping kertas/kad lesen untuk mengelakkan dari di saman sahaja. Kerana itu perubahan silibus baru-baru ini yang melibatkan kenaikan kos disebabkan jam latihan praktikal ditambah, hangat dipertikaikan dan yang lebih menyedihkan ada di kalangan kita mengeluarkan kenyataan "kenapa perlu bayar mahal untuk sekeping kertas". (anda yang hebat-hebat di luar sana.. cuba renungkan..) anda menuntut ilmu kan?..
Biarpun setakat asas... tapi ia digunapakai sampai anda tidak berupaya memandu.. "saya dah boleh memandu pun, kenapa nak bayar belajar lagi, bukan ke betul bayar mahal utk sekeping kertas"... taukah anda, kebanyakan yg gagal ujian JPJ juga calon yg dah boleh memandu.. kenapa???.. kerana dia memang semata2 nak kan sekeping kertas !.. dia dah pandai, dah tak boleh di ajar, hantamlah labu.. berdasarkan pengalam saya, anda memang boleh memandu, tapi anda tetap tidak tahu undang-undang (nak approach roundabout pun tak betul) dan tak tau teknik pemanduan yang selamat (tekan klac time kereta laju, turun bukit.. kononnya nak save minyak/tak nak bunyi kuat.. yang ini lagi lah, si luncai terjun dgn labu-labunya)..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan