1. Sila pastikan calon benar-benar telah bersetuju dengan harga yang ditawarkan dan tidak ada perkara berbangkit selepas program bermula. Harga yang dipersetujui adalah muktamad (Kami beranggapan calon telah membuat tinjauan/perbandingan harga/perkhidmatan sebelum program bermula)
2. Tempoh selesai keseluruhan program adalah tertakluk kepada "first come first serve" dan kepatuhan kepada jadual yang telah dipersetujui dan ditetapkan.
3. Bayaran yang telah dibuat untuk pendaftaran/modul/urusan, sama ada yang selesai dilaksanakan atau telah mula dilaksanakan atau gagal diselesaikan pada tarikh tamat *Klik SAH TEMPOH sesuatu modul tidak akan dikembalikan
4. Harga pakej yang ditawarkan tidak merangkumi caj berikut :
4.1. Sewa smart kad - Jika Mykad rosak atau calon bukan warganegara.
4.2. Ambil gambar di Pusat Ujian Berkomputer.
4.3. Bayaran-bayaran ujian ulangan.
4.4. Tambahan jam latihan.
4.5. Kad PDL/CDL setelah lulus ujian praktikal JPJ.
5. Bayaran secara ansuran mengikut modul perlu dipatuhi. Sebarang penangguhan bayaran akan menjejaskan perlaksanaan sesuatu modul tersebut.
6. Sila patuhi tarikh-tarikh latihan/jadual yang telah dipersetujui/disusunatur. Sebarang pembatalan/penangguhan latihan yang telah dijadualkan akan menjejaskan tempoh selesai keseluruhan program yang dijanjikan.
7. Sila patuhi masa latihan/dijemput pada satu-satu tarikh yang telah dijadualkan . Waktu/masa menjemput/latihan akan dimaklumkan kepada calon selewat-lewatnya pada malam sehari sebelum tarikh sesuatu latihan.
8. Bagi calon di bawah pakej berpengangkutan, masa penghantaran balik adalah tertakluk kepada trip yang kami jadualkan dan bukan mengikut kehendak calon/penjaga/pembiaya.
9. Pastikan anda sentiasa membawa Mykad/passport, lesen L, slip pembaharuan lesen L (jika ada), kad latihan dan sentiasa berpakaian sopan/baju T berkolar serta berkasut di sepanjang program.
10. Pastikan "handphone" boleh dihubungi dan panggilan, SMS, whatsapp berjawab.
11. Sila patuhi arahan-arahan semasa dalam tempoh program di bawah urustadbir kami. TERMA & SYARAT SEMASA AKAN TERPAKAI JIKA PERTINDIHAN ARAHAN BERLAKU.
12. SILA BACA TERMA DAN SYARAT DI ATAS. CALON MASIH BERHAK MENARIK DIRI SEBELUM CALON DI BAWA KE KAUNTER KURSUS.
13. CALON DIANGGAP TELAH BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT DI ATAS SEBAIK TUMB PRINT KPP01/KPP02 DILAKSANAKAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan