Rabu, 15 Oktober 2014

PERKHIDMATAN KAMI MEMUDAHKAN ANDA

KAMI BERKERJA UNTUK ANDA MENDAPATKAN LESEN

PENDAHULUAN

Kami cuba sedaya upaya untuk menambahbaik cara mengurus calon yang mendaftar dengan kami. bermula dengan perkhidmatan pintu ke pintu (dari pendaftaran hingga penghantaran lesen yang telah siap), sehingga kepada cara berurusan dengan pihak kami yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja melalui hujung jari anda. walaupun ia bukan 100% sempurna, tapi ia merupakan sebahagian kesungguhan kami dalam memberi perkhidmatan.

Saya bahagikan kepada beberapa pecahan untuk panduan anda mengunakan sepenuhnya perkhidmatan yang kami sediakan, seperti berikut:

   a.   Urusan Pendaftaran.
   b.   Urusan Pergerakan.
   c.   Urusan di Litar/Pusat Latihan/Ujian.
   d.   Urusan Sebarang Tempahan
   e.   Urusan Pengeluaran Lesen


URUSAN PENDAFTARAN

Hadir ke pejabat tidak bermakna anda mendaftar, SMS/Call untuk mendapatkan maklumat juga belum, mendaftar yang kami maksudkan adalah setelah anda memutuskan untuk melanggan perkhidmatan kami, Berikut adalah cara yang kami sediakan.

1.   Layari blog ini dan lengkapkan borang PRA PENDAFTARAN. dalam ruangan catatan, maklumkan anda telah pernah hadir ke pejabat atau mendapat maklumat dari kawan, sebaik-baiknya maklumkan nama kawan tersebut dan no. telnya. Kami akan menghubungi anda untuk membuat pengesahan kehadiran.

2.   Melalui SMS/Whatapp. Maklumkan kami, Nama anda, No. MYKAD, Alamat (Jika memerlukan pengangkutan), tarikh dijangka hadir kursus dan siapa yang memperkenalkan anda kepada kami. Kami akan menghubungi anda untuk membuat pengesahan kehadiran.

3.   Anda hadir/hadir semula ke pejabat untuk pendaftaran secara manual.

URUSAN PERGERAKAN

1.   Bagi calon yang melanggan perkhidmatan berserta pengangkutan, Kami menjanjikan perkhidmatan menjemput di hadapan rumah anda untuk ke pusat latihan pergi dan balik. (terhad kepada kawasan yang kami nyatakan sahaja). Setiap pergerakan anda akan kami maklumkan masa menjemput dan keperluannya sehari lebih awal. Di sini kami memerlukan anda bersedia untuk dijemput pada masa yang ditetapkan.

2.   Bagi calon yang tidak memerlukan perkhidmatan pengangkutan, anda juga akan dimaklumkan masa perlu berada di pusat latihan serta keperluannya sehari lebih awal. Di sini kami memerlukan anda mematuhi masa yang ditetapkan.

URUSAN DI LITAR/PUSAT LATIHAN/PUSAT UJIAN

1.   Setiap kali anda berada/hadir di litar/pusat latihan, Anda hanya perlu berhubung dan menerima arahan dari pihak kami, segala urusan akan kami uruskan/maklumkan sehinggalah anda meninggalkan litar/pusat latihan. Ia merangkumi :

   a.   Tempat-tempat yang perlu anda tahu.
   b.   Taklimat kursus/ujian dan latihan.
   c.   Pendaftaran masuk kursus/ujian (Tumb in) atau latihan
   d.   Proses berikutnya yang perlu anda hadir (peringatan)
   e.   Sebarang pembayaran.
   f.   Sebarang pertanyaan atau kemuskilan.

2.   Anda tidak perlu jadi "Rusa masuk kampung", atau menjadi mangsa ketidak mesraan kakitangan di Kaunter. Tugas dan tanggungjawab anda hanya semata-mata memberi tumpuan kepada ilmu yang akan disampaikan.

URUSAN SEBARANG TEMPAHAN

1.   Segala urusan yang melibatkan tempahan sepanjang program juga akan kami uruskan sepenuhnya. Tugas anda hanya perlu menyediakan tarikh kelapangan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan seterusnya layari blog ini, lengkapkan dan dimajukan. Anda tidak perlu hadir ke pejabat/litar/pusat latihan untuk tujuan ini. Borang tempahan online yang kami sediakan seperti berikut:

   a.   Borang Tempahan Ujian Berkomputer/Ujian Berkomputer Ulangan
   b.   Borang Penetapan Tarikh Latihan Praktikal.
   c.   Borang Ujian Praktikal Ulangan

2.   Anda perlu merancang sendiri tarikh-tarikh yang bersesuaian dengan kelapangan anda dan mematuhi apa yang telah anda cadang setelah disahkan oleh pihak kami.

URUSAN PENGELUARAN KAD LESEN

1.   Kad lesen L, Bagi calon baru, belum ada sebarang kelas lesen, gambar tidak diperlukan, manakala sekeping gambar ukuran lesen di perlukan bagi calon yang tambah kelas, Kami akan uruskan pengeluaran lesen L anda secepat yang boleh (kecuali ada kekangan dari pihak ketiga), Anda hanya perlu menunggu makluman daripada pihak kami.

2.   Kad lesen P/CDL. Pengeluaran Kad lesen P/CDL adalah tidak termasuk dalam perkhidmatan yang kami sediakan. Pakej yang kami tawarkan hanya setakat Ujian praktikal JPJ, setelah anda lulus, anda boleh hadir sendiri ke Pejabat JPJ untuk pengeluaran Kad lesen P/CDL dalam tempoh 1 tahun dari tarikh ujian. walaubagaimana pun, sekiranya anda ingin kami uruskan, caj rm30 akan dikenakan selain dari caj yang dikenakan oleh pihak JPJ.

KESIMPULAN

Hampir 80% urusan untuk memiliki lesen anda kami uruskan, hanya 20% lagi yang anda kena bertanggungjawab ke atas diri anda dan perlu anda uruskan. ia termasuklah ada maklumat, ada bujet, merancang, kesungguhan, ketekunan, menyerap ilmu yang disampaikan, teknik mengingat dan yang paling penting mengawal tekanan/stress. Perkhidmatan kami tidak akan berkesan sekiranya anda sendiri gagal merancang dan mematuhi apa yang telah dipersetujui bersama. Elakkan dari menunding jari ke mana-mana pihak sekiranya kita sendiri gagal memanfaatkan perkhidmatan yang dilanggan. Setelah anda lulus, kami menjemput anda menilai tahap perkhidmatan kami melalui Borang Validasi di blog ini. Selamat melanggan perkhidmatan kami, selamat berkerjasama dan selamat berjaya.

Tiada ulasan:

PERINGATAN

INGATAN BAGI MENGELAKKAN PENIPUAN !!!

# Kenalpasti terlebih dahulu dengan siapa anda berhubung.
# Buat temujanji dan minta bukti2 untuk memastikan kesahihannya.
# Sekiranya pendaftaran melalui tel., pastikan hanya bayaran pendaftaran dibuat, selebihnya dibuat setelah anda berada dilokasi kursus.
# Pastikan anda mendapat penerangan secukupnya.
# Pastikan anda diberikan sebutharga yang lengkap.
# pastikan tiada harga atau bayaran yang terselindung selain dari bayaran2 yang telah diterangkan.
# sekiranya anda anggap harga yang ditawarkan rendah, pastikan anda diberi penerangan yang jelas berkaitan perkhidmatan yang akan diberikan.
# jangan sekali-kali membuat pembayaran awal lebih dari 50% harga yang ditawarkan.
# kenalpasti siapakah yang akan mengajar anda atau pengurusnya, dapatkan sekurang2nya nombor sijil pengajarnya. ia bagi membolehkan anda membuat aduan kepada JPJ sekiranya berlaku perkara2 yang tidak diingini kelak.
# Hubungi kami untuk maklumat & khidmat nasihat percuma walaupun anda tidak mendaftar dengan kami.

PILIH KAMI

KENAPA ANDA BOLEH MEMPERCAYAI KAMI !!!

BAGI MEMENUHI PIAWAIAN KUALITI PERKHIDMATAN & KETEPATAN MASA YANG DIJANJIKAN, KAMI TIDAK MEMERLUKAN KUANTITI CALON. PENDAFTARAN ADALAH TERHAD PADA SATU-SATU MASA.

*. KAMI BERKHIDMAT UNTUK MENCARI KEUNTUNGAN BERDASARKAN TANGGUNGJAWAB, KESUNGGUHAN DAN AMANAH.
*. MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN DARI RUMAH ANDA TERUS KE LITAR LATIHAN/UJIAN.
*. LATIHAN DI BUAT DI LITAR UJIAN.
*. HANYA 1 CALON DILATIH DALAM TEMPOH MASA YANG DITETAPKAN.
*. TIDAK PERLU MENUNGGU GILIRAN SEMASA LATIHAN (BERDASARKAN PENJADUALAN UNTUK CALON YANG DATANG SENDIRI)
*. JADUAL LATIHAN DI CADANGKAN OLEH CALON SENDIRI.
*. KHIDMAT PENGANGKUTAN DISEDIAKAN DAN TIDAK DITOLAK DARI MASA LATIHAN.
*. BAYARAN SECARA ANSURAN DENGAN BAYARAN PERMULAAN YANG RENDAH.
*. TIADA BAYARAN TERSEMBUNYI, SEMUANYA DITERANGKAN KEPADA CALON.
*. POTONGAN HARGA BERDASARKAN PROMOSI DARI MASA KE SEMASA.
*. POTONGAN HARGA UNTUK PENDAFTARAN SECARA BERKELOMPOK.
*. POTONGAN HARGA KEPADA CALON YANG MENDAFTARKAN KENALAN KEPADA KAMI.
*. PENGAJAR YANG BERPENGALAMAN DAN MEMPUNYAI SIJIL YANG SAH DI SISI UNDANG-UNDANG.
*. PENGAJAR YANG SABAR DAN BERTANGGUNGJAWAB.
*. KENDERAAN LATIHAN YANG SAH DAN SELAMAT DIGUNAKAN.

TERMA PENETAPAN HARGA

1. TANPA PENGANGKUTAN. Harga adalah mengikut harga yang ditetapkan oleh JPJ. (Caj perkhidmatan mengurus akan dikenakan).

2. PENGANGKUTAN PENUH. Caj pengangkutan dari mula hingga tamat program akan ditambah dari harga asal berdasarkan purata jarak perjalanan dari rumah anda ke litar latihan di Bangi sepanjang tempoh kursus. Caj yang dibenarkan oleh pihak JPJ adalah RM0.50/km sehala.

3. GST. Bermula 01/04/15, Semua transaksi bayaran yang melibatkan kos kepada pihak yang mendaftar dengan GST akan di tanggung oleh pelanggan/calon. Pihak yang terlibat dengan GST:

>. IM (HQ). (sewaan litar, kursus, sewaan kenderaan jika perlu dan tempahan ujian praktikal termasuk test card), - oleh Institut Memandu Amsa.
>. Pusat Ujian Berkomputer (ujian teori dan pengeluaran lesen L) - oleh MyEg Services

SELEKOH 'Z'

SELEKOH 'S'

LESEN KELAS H

HYDROPLANING/AQUAPLANING

ROUNDABOUT

KENDERAAN LATIHAN YANG SELAMAT

HOW TO AVOID CAR ACCIDENTS

Avoiding accidents can save you a lot of time and money

1. Slow down. Obey the speed limit even if every other car is surpassing it. Remember that police officers often stay hidden from view while looking for speeders. If you're caught driving too fast, they won't hesitate to give you a ticket.

2. Let others pass you. Defensive driving means letting others go ahead-not defending your position in traffic. Avoid the urge to be a vigilante ("Oh yeah? Let me show you what it's like to be cut off like that!") Accept the fact that someone is always going to think they're in more of a hurry than you. These are the drivers you want to move far away from, not to 'teach them a lesson.'

3. Try to avoid driving in bad weather. Always keep your windshield wipers going in the rain or snow. Defrost your windshield to keep it from fogging up. Turn on your headlights to help others to see you--this is also the law in some states. If possible, try to avoid driving in the snow at all, especially if your car is rear wheel drive. If you must go out in the snow, drive extra slow, use the brakes and gas pedal gently, and maintain an increased stopping distance.

4. Never get into a car with a drunk driver. It is always best to have a "designated driver". Never drive after you have had alcoholic beverages. Even one beer can alter your ability to drive safely.

5. Wear a seatbelt. This is a must. By law in many countries, all cars must have a safety restraint. Buckling up only takes a second and can save your life in an accident. Children should always be in a booster seat or car seat until they are tall enough and heavy enough to sit by themselves. This generally includes children age eight and under. Never put a child in a car or booster seat in the front passenger seat or other seat with airbags. Children should generally be 12 and older when sitting in the front passenger seat.

6. Keep your car and its accessories in good condition. Keep the tires properly inflated, the brakes adjusted, and the windshields and windows clean. Replace windshield wiper blades when they begin to streak, and all make sure all the lights are working properly.

7. Use your signals properly. Always use your signal, even if you think no one is there. When changing lanes on the freeway, don't signal as an afterthought or during the lane change. Signal at least a couple of seconds in advance so others know what you're going to do before you do it. (Ever notice how most of the skid marks along the highway are just before an exit ramp? - this is where you have to be the most careful.)

8. Don't tailgate. No matter how slowly traffic is moving, keep at least two seconds of following distance between you and the car ahead. Any less and you won't be able to stop in time if the driver ahead slams on the brakes.

9. Keep your eyes moving. Don't get in the habit of staring at the back of the car ahead of you. Periodically shift your eyes to the side-view mirrors, the rear-view mirror, and ahead to where you'll be in 10-15 seconds. Doing this, you can spot a potentially dangerous situation before it happens.

10. Dim your lights when driving at night, when another car is approaching, or when you are following behind a vehicle. Your lights can temporarily blind another driver.

11. Avoid distractions when you are driving. Pull over if you need to talk on the phone, read directions, or eat a snack. It only takes a second or two of distraction to get into trouble.

TRANSLATE