HYDROPLANING
Hydroplaning berlaku apabila air yang terkumpul pantas di hadapan tayar kenderaan anda mampu menolak keberatan kenderaan anda terkeluar dari landasan/laluan asal di atas jalan. Tekanan air yang terbentuk menyebabkan kenderaan anda terapung dan tergelincir di atas lapisan air yang nipis diantara permukaan tayar kenderaan dan permukaan jalan.
TIP INI MUNGKIN MAMPU MENYELAMATKAN NYAWA ANDA DENGAN IZIN ALLAH
MENCEGAH TERGELINCIR/TERBABAS (SKID)
1. Anda boleh mencegah terbabas/tergelincir dengan cara pemanduan perlahan/sederhana dan berhati-hati ketika cuaca hujan, terutamanya semasa melalui selekoh. kawal steering dan brek anda dengan sentuhan lembut (light touch). Apabila anda perlu memberhenti/memperlahankan kenderaan, jangan membrek secara mengejut/keras, kekalkan kawalan tekanan ringan/sederhana pada pedal brek anda.
2. Jika anda terasa kenderaan mula tergelincir (skid), jangan panik, lepaskan kaki anda dari padel minyak, kawal steering anda dan bersedia untuk memusing dan memusing balas steering anda sehingga kenderaan anda bergerak tegak. Bagi kenderaan yang tidak dilengkapi ABS, elakkan menggunakan brek, manakala bagi kenderaan yang mempunyai ABS, kawal brek mengikut keperluan.
MENGHADAPI HYDROPLANING
3. Anda boleh mencegah hydroplaning dengan memastikan tekanan angin pada tayar dipatuhi seperti yang ditetapkan, keadaan bunga tayar yang baik dan jangan mengunakan tayar lama. Perlahankan kenderaan bila jalan basah dan elakkan melanggar lopak/air bertakung. dan cuba memandu dikedudukan sebelah kiri laluan tayar kenderaan di hadapan anda.
4. Jika anda terpaksa menghadapi hydroplaning, jangan membrek atau memusingkan steering kenderaan anda secara tiba-tiba/mengejut, ia boleh menyebabkan anda terbabas/tergelincir. Lepaskan kaki anda dari padel minyak sehingga kenderaan perlahan sendiri dan anda akan merasai semula sentuhan tayar dengan permukaan jalan. Sekiranya anda terpaksa membrek, tekan/lepas brek anda berulang-ulang secara perlahan/lembut. sekiranya kenderaan anda dilengkapi ABS, anda boleh membrek secara normal.
TIP PEMANDUAN - DALAM KEADAAN HUJAN
TIP PEMANDUAN - DALAM KEADAAN HUJAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan