AMALAN TIDAK SESUAI MELETAKKAN KEDUDUKAN GEAR SEMASA BERHENTI SEMENTARA (PEMANDU DI DALAM KENDERAAN)
KENAPA TIDAK SESUAI KEDUDUKAN GEAR PADA 'P'
1. 'P' bermakna park atau memarkir/meletak. Pemandu keluar dari kenderaan.
2. Gear pada kedudukan 'P' bukan untuk berhenti sementara dan pemandu berada di dalam kenderaan dan bersedia untuk bergerak semula.
3. Sekiranya kenderaan berhenti sementara, kedudukan gear diletakkan pada 'P', maka untuk bergerak semula meneruskan pergerakan kehadapan, pergerakkan gear akan melalui 'R', 'N' barulah ke 'D'.
4. Kesilapan mungkin boleh berlaku sekiranya, pemandu dalam keadaan tergesa-gesa di mana pergerakan gear hanya terhenti setakat 'R' dan terus tekan pemecut.
5. Tiada lock keselamatan untuk memastikan pergerakan gear tidak terhenti setakat 'R' tanpa disedari.