MAKLUMAN
PENTING
Sila
pastikan tarikh lesen memandu anda telah tamat melebihi 1 tahun bagi Lesen Memandu
Percubaan (PDL) & 3 tahun bagi Lesen Memandu Kompeten (CDL) sebelum membuat
permohonan Semakan tarikh lesen memandu disini . Pemohon yang disenarai hitam tidak layak memohon Semakan senarai hitam disini
Permohonan
rayuan bagi Lesen Memandu Percubaan (PDL) & Lesen Memandu Kompeten (CDL)
Pemohon
boleh membuat rayuan sekiranya Lesen Memandu Percubaan (PDL) tamat tempoh dan
gagal diperbaharui melebihi tempoh 1 tahun dan Lesen Memandu Kompeten (CDL)
tamat tempoh melebihi 3 tahun.
Sekiranya permohonan rayuan berjaya, pemohon akan dikecualikan daripada: a)Kaedah 5(3)e mengenai Sijil Kehadiran Kursus KPP (JPJ2A) b)Kaedah 5(3)(a)(b)(d) mengenai Ujian Bahagian 1 (Undang-undang Jalan Raya) c)Kaedah 5(3)(e) mengenai Sijil Kehadiran Latihan Amali asas (Pra-L) 6 jam (JPJL2B) d)Modul Amali (8Jam) dan (QTI (2jam) di bawah arahan Jabatan Bil 7 Tahun 1998 Akan tetapi pemohon perlu menjalani Ujian Bahagian II dan III iaitu Ujian Praktikal JPJ.

rayuan bagi Lesen Memandu Vokasional (PSV/GDL)
Pemohon
boleh membuat rayuan sekiranya Lesen Memandu Vokasional (PSV&GDL) tamat
tempoh melebihi tempoh 3 tahun dari tarikh tamat tempoh lesen. Sekiranya
permohonan rayuan pemohon berjaya, pemohon dikehendaki hadir Kursus Teori
(JPJ2C) sahaja dan mengemukakan sijil JPJL2C tersebut semasa urusan pembaharuan
dibuat.
2 ulasan:
As salam en. Untuk bahagian b) Kaedah 5(3)(a)(b)(d) mengenai Ujian Bahagian 1 (Undang-undang Jalan Raya) itu adakah maksudnye kita perlu mengambil semula ujian Praktikal JPJ Bhg2 ( Bukit, Side Parking & 3 Penjuru) serta Bhg3 (Jalanraya) sahaja.? Saya kurang faham..
Selamat petang, saya ingin bertanya bagi pihak kawan saya..situasinya mcm ni, dia kena mengikuti kursus teori JPJL2C disebabkan lesen GDL dah tamat lebih dr 3 tahun..so saya nak tahu, kena bayar berapa kalau menghadiri kursus tersebut?
Catat Ulasan