* Penerangan video di atas adalah sebagai tambahan ilmu dari yang perlu dipatuhi di dalam PERATURAN MEMOTONG - KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU KITA.
PERATURAN MEMOTONG
1. Pastikan jarak mengekor (2 saat)
2. Periksa kehadapan (jarak 12 saat atau 100 meter ke hadapan)
3. Mengamalkan Rutin Selamat (CITO) - (Periksa kenderaan dari belakang melalui cermin pandang belakang, cermin sisi kanan, beri isyarat dan toleh sedikit ke belakang kanan)
4. Tukar gear rendah - jika perlu
5. Bergerak ke kanan - jika keadaan selamat dan jangan tergesa-gesa.
6. Lajukan kenderaan semasa melepasi kenderaan yang dipotong
7. Pastikan ruang selamat diantara kenderaan yang dipotong (sekurang-kurangnya 1m (3kaki)
8. Gunakan hon atau lampu untuk berkomunikasi dengan kenderaan yang dipotong
9. Sebelum bergerak semula ke kiri amalkan Rutin Selamat (CITO) - melalui cerimn pandang belakang, cermin sisi kiri dan toleh sedikit ke belakang kiri)
10. Bergerak ke kiri - Bila kenderaan yang dipotong dapat dilihat melalui cermin sisi kiri dan jangan tergesa-gesa.
11. Menyambung perjalanan - kekalkan posisi dan patuhi hadlaju.
>>> KEMBALIK KE LAMAN PRAKTIKAL BHG. III
>>> KEMBALIK KE LAMAN PRAKTIKAL BHG. III
Tiada ulasan:
Catat Ulasan