AMALAN TIDAK SESUAI MELETAKKAN KEDUDUKAN GEAR SEMASA BERHENTI SEMENTARA (PEMANDU DI DALAM KENDERAAN)
KENAPA TIDAK SESUAI KEDUDUKAN GEAR PADA 'P'
1. 'P' bermakna park atau memarkir/meletak. Pemandu keluar dari kenderaan.
2. Gear pada kedudukan 'P' bukan untuk berhenti sementara dan pemandu berada di dalam kenderaan dan bersedia untuk bergerak semula.
3. Sekiranya kenderaan berhenti sementara, kedudukan gear diletakkan pada 'P', maka untuk bergerak semula meneruskan pergerakan kehadapan, pergerakkan gear akan melalui 'R', 'N' barulah ke 'D'.
4. Kesilapan mungkin boleh berlaku sekiranya, pemandu dalam keadaan tergesa-gesa di mana pergerakan gear hanya terhenti setakat 'R' dan terus tekan pemecut.
5. Tiada lock keselamatan untuk memastikan pergerakan gear tidak terhenti setakat 'R' tanpa disedari.
KENAPA KEDUDUKAN GEAR PADA 'N' LEBIH SELAMAT
1. 'N' bermakna neutral atau berkecuali/bebas. Pemandu di dalam kedudukan.2. Gear pada kedudukan 'N' adalah yang paling sesuai dan selamat semasa berhenti sementara (contohnya : berhenti di persimpangan lampu isyarat).
3. Brek tangan atau brek kaki perlu digunakan bersama dengan kedudukan gear pada 'N'.
4. Pergerakan gear ke 'D' atau 'R' tidak akan melalui mana-mana gear bergerak yang lain untuk meneruskan pergerakan.
5. Kesilapan tidak akan berlaku untuk menggerakkan kenderaan kehadapan 'D' dari kedudukan 'N' tanpa anda menekan lock keselamatan pada gear.
6. Lock keselamatan tidak perlu ditekan untuk pergerakan gear dari kedudukan 'N' ke 'D' supaya sekiranya tertolak ke kedudukan 'R', gear tidak boleh digerakkan.
7. Lock keselamatan perlu ditekan untuk pergerakan gear dari kedudukan 'N' ke 'R' sebagai satu alat keselamatan.
* tip ini dihadiahkan kepada semua pengunjung sempena hari ulangtahun kelahiran saya yang juga kebetulan jatuh pada hari rabu sama hari semasa dilahirkan 45tahun yang lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan