Lesen Memandu


JENIS-JENIS LESEN MEMANDU


1. LESEN BELAJAR MEMANDU (LDL)

2.   LESEN MEMANDU PERCUBAAN (PDL)



3.   LESEN MEMANDU KOMPETEN (CDL)



KELAS-KELAS LESEN MEMANDU


# KLS A (Kenderaan org cacat (motosikal) BTM kurang 450kg)
KLS A1 (Kenderaan org cacat (motokar) BTM kurang 3500kg)
KLS B (Motosikal lebih 500SP)
KLS B1 (Motosikal kurang 500SP)
KLS B2 (Motosikal kurang 250SP)
KLS C (Kenderaan roda tiga)
KLS D (Motokar BTM kurang 3500SP)
KLS DA (Motokar tanpa pedal klac BTM kurang 3500kg)
KLS E (Motokar berat BTM lebih 7500kg)
KLS F (Traktor/jentera bergerak ringan (beroda) BTM kurang 5000kg)
KLS G (Traktor/jentera bergerak ringan (berantai) BTM kurang 5000kg)
KLS H (Traktor/jentera bergerak berat (beroda) BTM lebih 5000kg)
KLS I (Traktor/jentera bergerak berat (berantai) BTM lebih 5000kg)
KLS M (Hukuman mahkamah)


SYARAT KELAYAKAN PEMOHON UNTUK MENDAPATKAN LESEN MEMANDU ASAS


1.   Kelayakan umur minimum :
       a.   Kelas A, B2, Bfull atau C (kategori motosikal) - Genap umur 16 tahun.
       b.   Kelas D atau DA (Kereta) - Genap umur 17 tahun.
       c.   Kelas E hingga I - Genap umur 21 tahun dan bukan pemegang lesen PDL (P).

2.   Sihat tubuh badan, boleh melihat ke hadapan sehingga jarak sekurang-kurangnya 23 meter dan tidak buta warna.

3.   Bagi calon OKU, pemohon hendaklah mendapatkan borang pemeriksaan kesihatan dari cawangan-cawangan JPJ terdekat dan perlu mendapatkan pengesahan layak memandu/menunggang dari Pegawai Perubatan Klinik/hospital kesihatan kerajaan terlebih dahulu.

4.   Pemohon bukan warganegara/penduduk tetap perlu memiliki passport yang sah dan visa pelawat bagi tempoh sekurang-kurangnya 1 bulan.

MODUL LATIHAN


MODUL SILIBUS KURIKULUM BARU PENDIDIKAN PEMANDU (Berkuatkuasa pada 14 Jul 2014).

Berikut adalah proses baru yang perlu dilalui oleh setiap calon yang akan memiliki lesen memandu.

1.   KPP01 - Hadir kelas teori 6 jam. (berasingan bagi setiap kelas lesen).

2.   UJIAN BHG 1 - Ujian undang-undang berkomputer (berasingan bagi setiap kelas lesen) - 45minit.
3.   LDL - Lesen diproses dan dikeluarkan oleh pihak JPJ.
4.   KPP02 - Praktikal di litar, pecahannya seperti berikut:
       a. Kls B2/B - 9.5 jam
       b. Kls D/DA - 5.5 jam
5.   KPP03 - Praktikal di Jalanraya, pecahannya seperti berikut:
       a. Kls B2/B - 6 jam
       b. Kls D/DA - 10 jam
6.   UJIAN PRA/QTI - Ujian dalaman yang dilaksanakan oleh Institut - 0.5 jam.
7.   UJIAN BHG 2 & 3 - Ujian praktikal JPJ.
8.   PDL/CDL - Lesen diproses dan dikeluarkan oleh pihak JPJ.


ELEMENT-ELEMENT LATIHAN/UJIAN DALAM MODUL KPP02 & KPP03

KELAS D DAN DA

BHG 2 - LITAR
1.   Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK)
2.   Rutin Sebelum Memandu (RSM)
3.   Rutin Selamat (RS)
4.   Pergerakan di Selekoh 'S'
5.   Pergerakan di Selekoh 'Z'
6.   Memakir Sisi
7.   Pergerakan 3 Penjuru
8.   Tanjakan (Ramp) untuk kelas Auto (DA) sahaja

BHG 3 - JALANRAYA
1.   Rutin Sebelum Memandu (RSM)
2.   Rutin Selamat (RS)
3.   Memulakan perjalanan
4.   Memandu di jalan lurus
5.   Memandu di persimpangan
6.   Membelok ke kiri dan ke kanan di persimpangan
7.   Memandu di selekoh
8.   Memandu di bulatan atau laluan susur
9. Memandu di kawasan sekolah atau perumahan dan lain-lain.

KELAS A, B, B2 DAN C

BHG 2 - LITAR
1.   Pemeriksaan pakaian dan peralatan keselamatan
2.   Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK)
3.   Rutin Sebelum Menunggang (RSM)
4.   Rutin Selamat (RS)
5.   Menunggang di atas titi
6.   Menunggang rintangan antara kon (slalom)
7.   Brek kecemasan
8.   Menunggang dilaluan tidak rata (termasuk untuk kelas B2)
9.   Membuat pergerakan Angka '8'
10. Menunggang di selekoh tajam

BHG 3 - JALANRAYA
1.   Pemeriksaan pakaian dan peralatan keselamatan
2.   Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK)
3.   Rutin Sebelum Menunggang (RSM)
4.   Rutin Selamat (RS)
5.   Menunggang di jalan lurus
6.   Menunggang di persimpangan
7.   Menunggang di selekoh
8.   Menunggang di bulatan atau laluan susur
9.   Berhenti

CARTA ALIR UNTUK LAYAK MEMPEROLEHI LESEN MEMANDU



106 ulasan:

arereave_oficial berkata...

Assalamualaikum..
Saya nk bertanye,klu ade lesen L motosikal yg suda expired melebhi 2 tahun...adkh ia menganggu utk saya mngambil lesen kereta?

isqandar berkata...

wsalam... tidak.. saudara boleh teruskan. terima kasih

Unknown berkata...

salam sya nk tny kalu dh lpes ujian komputer tpi x ambk gmbr untk sistem jpj pe kan jd???

isqandar berkata...

wsalam, sekiranya anda tidak diambil gbr, maka lesen L anda tidak akan dapat dikeluarkan oleh pihak jpj atau pun myeg. tapi sekiranya anda pernah menduduki ujian berkomputer sebelum ini, maka anda tidak lagi perlu untuk diambil gambar. tk

arai berkata...

Assalamualaikum...
Kat sini ade x tuk lesen memandu OKU?? Tq

ayny berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ayny berkata...

assalamualaikum..

saya nak tanya..sy dah ada lesen L untuk kereta..tapi disebabkan kekangan kerja ..sy belum test lagi dan lesen L tu akan expired 2 tahun pada 25 mei ini..

dan sy mmg super penakut dgn kereta manual..

pada pandangan tuan, jika sy dah ada lesen L untuk kereta manual, boleh kah saya mahu tukar belajar kereta auto?

dan jika boleh, berapa kah kos nya?

terima kasih.

isqandar berkata...

Maaf lamabt memberi maklumbalas.. untuk yang bertanya berkaitan lesen untuk OKU dan lesen L manual tukar ke auto, sila msg sy di talian 012364680 untuk sy hubungi, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Asalamualaikum,nk tnya ble ka jika saya dh ambik klas menual,tp skrg ni nk tukar ke klas auto?

Tanpa Nama berkata...

Salam. Kalau nak amek kelas memandu, tapi saya drpd semenyih boleh ke? Untuk lesen kereta automatik harga berapa ye? Terima kasih

isqandar berkata...

Wsalam, dari mana2 pun boleh insyallah, cuma agak jauh dari lokasi anda ke tempat latihan,sebaiknya adalah lebih ekonomi anda mencari pusat pendaftaran/sek/institut memandu yg berhampiran dengan tempat anda. anda boleh menghubungi talian yang tertera untuk maklumat berkaitan harga dan proses untuk kami terangkan. terima kasih

perubatankhalifah berkata...

tengok blog ni, baru teringat kat lesen motor,
bila tamatnyer eh??
huhu, kang tak pepasal kena saman.
dah la hari raya tu beraya sakan dengan motor tu. haha
(dengan lajunyer melangkah ke motor dan buka seat)
~blogspot : rawatankanser2013

Tanpa Nama berkata...

Assalam nak tnya...saya dah ade lesen L manual...boleh ke nak tukar ke auto? Atau kene mula dr awal semula?

isqandar berkata...

Wsalam, jawapannya, 'boleh' jika kena dengan syaratnya. anda boleh terus ws sy atau msg sy untuk sy menghubungi anda bagi penerangan yang lebih jelas. tk

Masyita berkata...

Salam. Saya nak tanya. Kalau saya dah ada L kereta tapi dah setahun setengah tak test lagi, saya cuma kena renew L je kan? Then, saya dah ada lesen B2 dan saya upgrade lesen ke D.kalau saya daftar semasa silibus lama dan sambung belajar semua silibus baru, adakah saya perlu ambil semula ujian komputer tersebut dan berapa pula jam belajar memandu?

isqandar berkata...

Wsalam. Yer, sekiranya saudari dah ada L kereta dan masih belum tamat tempoh 2th, maka saudari boleh terus menjalani latihan modul KPP02 (silibus baru). Saudari tidak perlu hadir kursus 6jam KPP01 dan Test Bhg 1 (undang2 berkomputer). Sekiranya lesen L saudari telah melebihi tempoh 2th, maka saudari perlu hadir semula kelas 6jam dan perlu lulus semula test Bhg 1 untuk meneruskan latihan kls D walaupun sekarang saudari sudah mempunyai lesen kls B2.

Tanpa Nama berkata...

Salam, nk tanya, berapa harga untuk ambil lesen kereta auto yer? Terima kasih.

isqandar berkata...

Wsalam, untuk pertanyaan harga, anda boleh terus msg/ws/call talian 012-3646860. Anda juga boleh emailkan kepada kami untuk kami majukan sebutharga berkaitan lesen yang anda ingin tahu. terima kasih

Unknown berkata...

sorry sy cuma nk brtnya..price utk lesen kreta shaja brapa ea?

isqandar berkata...

Untuk pertanyaan berkaitan harga dan cara bayaran, anda boleh ws/msg talian 012-3646860. Terima kasih

keep smile berkata...

Assalamualaikum..sy ingin brtya bknaan dgn kpp02..perlu ke sy mmbwa buku ktika hdir pd wktu tu..dan adakah kpp03 utk kelas B2 djlnkn di ats jln raya? Tq

isqandar berkata...

Wasalam, untuk hadir praktikal KPP02, buku KPP tidak di wajibkan untuk dibawa, tetapi tidak salah dan sangat2 digalakkan dibawa sebagai bahan rujukan. terdapat bab untuk KPP02 dan KPP03 didalam buku KPP. Untuk KPP03 lesen kls B2, Jalanraya yang dimaksudkan adalah laluan jalanraya yang disediakan di dalam litar, bukan jalan raya diluar litar latihan. terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Kalau ambil lesen A1, ujian ramp perlu dibuat ke oleh calon OKU?

isqandar berkata...

ok, untuk calon OKU yang menggunakan kenderaan auto, anda juga diwajibkan untuk melaksanakan semua element di dalam litar, termasuk ramp. terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Walaupun kenderaan OKU itu telah diubahsuai dan diperiksa puspakom menjadi 'kenderaan orang cacat' di dalam geran? Dan adakah ujian ramp itu adalah ujian pertama sekali di dalam bahagian 2, sebelum ujian bukit?....yang mana sekiranya kandas ujian ramp, semua elemen ujian litar yg lain tidak boleh dibuat. Betul ke mcm tu?

isqandar berkata...

Yer walaupun menggunakan kenderaan sendiri yang telah diubahsuai mengikut saranan Pegawai Perubatan dan telah diluluskan oleh PUSPAKOM. untuk urutan element semasa ujian di BHG II, ia adalah tidak ditetapkan, ia adalah bidangkuasa Penyelia Penguji JPJ semasa hari pengujian bagi menetapkan element mana yang didahulu atau dikemudiankan. Pengujian ke atas seseorang calon akan dihentikan di element yang terkandas dan tidak dibenarkan untuk meneruskan/menyelesaikan ujian di BHG II. Calon akan dibenarkan meneruskan pengujian di BHG III biarpun telah kandas di BHG II. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

saya nak tnye harga lesen kereta manual dan auto berapa ye.? sye tggil di putrajaya.

isqandar berkata...

Untuk pertanyaan berkaitan harga, anda boleh WS/Msg atau hubungi saya melalui talian 012-364 6860 atau anda juga boleh tinggalkan alamat email di sini untuk saya emailkan sebutharga kedua-dua kls lesen tersebut. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

nie email sye sitinadiahani9286@yahoo.com

Unknown berkata...

Sy nak thu hrga lesen kereta manual. Email sy airie93@gmail.com

Zara berkata...

Sy nk tnya,,kalau lesen L dah tamat tempoh,boleh hidupkan atau Sambungkan di mana2 pusat memandu ke atau macam mana?

isqandar berkata...

Untuk lesen L yang telah tamat tempoh 2 tahun dari tarikh lesen dikeluarkan, lesen tersebut sudah tidak boleh diperbaharui lagi, dan perlu hadir semula KPP01 dan ujian Bhg 1 untuk mendapatkan semula lesen L baru. tapi andainya lesen L anda belum tamat tempoh 2 tahun, lesen L tersebut boleh diperbaharui (renew) dimana-mana pejabat pos atau cawangan JPJ yang berhampiran. terima kasih

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula dengan pekerja kontrak dari indonesia yang ingin memohon untuk mendapatkan lesen memandu. tolong jelaskan... bolehhhh...

isqandar berkata...

yerr warganegara asing termasuk dari negara indonesia juga boleh memiliki lesen memandu Malaysia dengan syarat warganegara asing tersebut mesti memiliki passport yang sah tempoh dan akan berada di negara ini sekurang-kurang bagi tempoh 1 bulan (rujuk kepada tempoh visa). Cara permohonan lesen adalah sama seperti mana yang diwajibkan kepada warganegara atau penduduk tetap Malaysia, walaubagaimana pun, pemegang passport adalah tidak layak untuk memiliki lesen memandu Vokasional negara ini. terima kasih

Unknown berkata...

Salam..Saya sudah lesen L bagi kelas D.. Saya sudah pergi kelas tinggal nak ambil test JPJ untuk dapatkan P sahaja..tapi saya tak ada confident langsung untuk test JPJ.. Boleh ke nak tukar lesen DA? Kena start dari masuk KPP01 ke? please bantu saya.. Sudah 2x renew lesen L..takot tamat tempoh 2 tahun pulak..

isqandar berkata...

Wsalam, Saudari boleh msg/ws sy di talian 0123646860 untuk sy terangkan secara terperinci apa yang perlu saudari lakukan. terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Salam . Sya nak tanya , untuk Ujian Praktikal JPJ , kalau gagal first time , akan dikenakan bayaran tambahan x ? Jikalau ada , adakah proses yang sama akan berulang andai failed for the second time ? TQ .

isqandar berkata...

Wsalam, saudara/saudari boleh menghubungi saya melalui talian tertera berkaitan maklumat harga, bayaran atau cara bayaran untuk sy terangkan. terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Salam. Saya nk tnya. Saya ade ambil lesen di pasir gudang. Baru ade L tapi dh setahun setengah tak siap sbb sye student di bangi. Boleh tak saya nk smbung buat lesen di bangi.

isqandar berkata...

Wsalam, yer anda boleh meneruskan latihan di mana2 institut/sekolah memandu selagi lesen L anda masih dalam tempoh sah 2 tahun. terima kasih

Unknown berkata...

Assalamualaikum , saya nak bertanya ,brakah gap utk ke ujian komputer slpas hadiri kelas itu . Cntohnya , saya sudh prgi klas itu mnggu ni(sabtu dan ahad) , ttapi mnggu dpannya saya tidak dpat hadiri ujian komputer . Bolehkah saya prgi 2 mnggu slpas tarikh klas yg saya hadiri itu ? Trima kasih .

isqandar berkata...

Wsalam, Yer boleh, kebiasaannya Ujian Bhg 1 (berkomputer) boleh diduduki selepas 3 hari dari tarikh kursus dan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum setahun. Sijil Kursus KPP01 hanya sah tempoh untuk 1 tahun sahaja. terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

salam, saya nak tnya. saya memiliki lesen kelas B2, jika saya mengambil lesen kelas D adakah saya perlu mengambil KPP01 dan UJIAN BHG 1 - Ujian undang-undang berkomputer ? terima kasih

isqandar berkata...

Wsalam, Yer, anda perlu hadir kls 6jam KPP01 dan Ujian Bhg 1 untuk kls D. Merujuk kepada keperluan Silibus Baru Kurikulum Pendidikan Pemandu. terima kasih

Nieyaho Aisiteru berkata...

Assalamualaikum... kalau saya dh ad lesen motor penuh dan ingin ambil lesen kereta, perlu tak sya hadiri kpp dan ujian komputer?.. adakah dalam masa sebulan saya boleh habiskan latihan dapatkan lesen P untuk kereta? terima kasih.

isqandar berkata...

Wasalam, yer dalam silibus baru pendidikan pemandu, anda perlu hadir kursus KPP01 untuk kereta dan juga perlu hadir ujian Bhg 1 undang-undang berkomputer. tempoh selesai keseluruhan proses sehingga PDL/CDL dikeluarkan adalah bergantung kepada kepadatan calon institut/sekolah memandu di mana anda mendaftar. terima kasih

Unknown berkata...

saya sudah memiliki lesen motor,
sekarang saya ingin mengambil lesen kete,
adakah saya perlu mengambil semula ujian komputer?

Unknown berkata...

assalam.en.. sy oku tgn,jdi sy nk bertanye bgaimana cara step 1 yg perlu sy buat utk amek lesen kereta...? kalau sy tiada knderaan khas,bgaimana pulak? sdang kn sy ada bljar mmndu bersama en suami di sekitar rumah menggunakn knderaan biasa(manual)..

Tanpa Nama berkata...

salam... sye miliki lesen D penuh. Skrg sye merancang utk mengambil lesen B full tp sye tak ada lesen B2. Adakah sye di wajibkn mengambil lesen kelas B2 dahulu sebelum pergi ke lesen kelas B full? jika ia tidak di wajibkan dan boleh shj terus mengambil lesen B full, Adakah sye perlu melalui semula KPP 01 dn ujian undang2 bg lesen kelas B Full walaupun sudah miliki lesen penuh kelas D? terima kasih.

Unknown berkata...

salam...sya bru buat lesen P,lesen motor da full..so lesen kete tu kira da full ke..

Haikal berkata...

Assalam, saya nak tanya, buku teks KPP untuk kelas B2 dengan B buku yg sama atau lain-lain? Masa kelas KPP01 calon B2 dan B akan duduk campur-campur dalam 1 kelas ke?. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Assalam, saya nak tanya berapakah bayaran yang saya perlu bayar kepada JPJ apabila saya nak mengeluarkan lesen L kelas B2 setelah lulus ujian komputer

Unknown berkata...

Saye nak tanye... Saya org indo,saye ade lesen p nak tukar full tp saye paspor dah tukar baru ... Blh ke x ya????

Tanpa Nama berkata...

kalau lesen motor auto xdeke.... :(

Tanpa Nama berkata...

Lesen motor auto..nenek ko yg bawak

Me In Wonderland berkata...

assalamualaikum.. boleh tak tukar sekolah memandu sekiranya sebelum ini saya telah pun mengambil ujian jpj di sekolah lain dan lulus salah satu ujian tersebut dan mahu mengambil ujian ulangan jpj yg saya gagal salah satu tadi d sekolah yang baru? perlukah saya mengambil kedua2 ujian jpj tu balik atau saya hanya mengulang yang gagal sahaja????... (mohon kepastian).. tq.

Zulaikha Ariffin berkata...

salam. saya nak tanya kalau saya nak tukar driving centre boleh ke ? saya ada beberapa masalah dengan instructor driving centre yang sekarang. saya dah habis kelas 6 jam. kalau betul saya boleh tukar macam mana procedure ? perlu ke saya ulang balik test ?

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan, Saya dah ada lesen D tp kne ambil lesen DA pulak ke? Lesen D dan DA sama atau lain sebenarnya. Kompius jap. Hehe

Tanpa Nama berkata...

Salam. Says nak tanya kalau saya sudah gagal dalam ujian bahagian kpp02 beberapa bulan lalu. L lesen saya pun sudah expired. Berapa lama saya perlu ulangkan ujian kpp02?Perlukah saya renew L lesen saya kalau saya tak guna lesen tu sekarang?

Tanpa Nama berkata...

Harga lesen memandu takde diskaun ke untuk OKU?

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum, sy mempunyai lesen L kereta utk kelas manual, boleh tak sy nak tukar pergi ke kelas auto?

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan.... Jika saya mengambil lesen motokar manual, Bolehkah saya memandu motokar automatik?

NUR ALiA NAJiHA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Assalamualaikum nak tanya ni, sy dah ambik lesen L moto tp takbuat lagi untuk kpp2&3 sbb kekangan masa..lesen L sy tamat lagi 9 hari agak² boleh habiskan tak 16 jam tu ��

Tanpa Nama berkata...

saya nk tnye,org yg berbadan besar melebihi 130 kg boleh ke blaja kereta?takut xmuat kereta

Unknown berkata...

Assalammualaikum..nak tanya ni...jikalau kita mengambil lesen kereta auto..kite hanya boleh memandu kerta auto...
Jikalau kita mengambil lesen kereta manual..kita hanya boleh memndu kereta manual shj...betol ker perkara ni.setahu sy lesen auto yang tak boleh memandu kerta manual....tu sy ingin tahu...time kasih

isqandar berkata...

Wsalam, Pemegang Lesen DA(auto) hanya boleh memandu kenderaan auto sahaja, sekiranya memandu juga kenderaan manual anda akan disabitkan dengan kesalahan memandu tanpa lesen. manakala pemegang Lesen D(manual) boleh memandu kenderaan untuk kedua-dua transmisi (kenderaan manual dan auto)

Tanpa Nama berkata...

selmt pg,saya nak tanya boleh ke tukar driving centre ke tmpat lain? tapi sekarang saya tengah ambil kpp03 10jam kelas D..sy dah ambil 2jam ada balace 8jam tapi nak tukar tempat memandangkan sya perlu balik kampung .

isqandar berkata...

Salam, Untuk bertukar ke sklh/institut memandu yang lain adalah dibolehkan, terpulang kepada tempat baru tersebut samaada akan menggunakan rekod latihan KPP02 dan sebahagian kpp03 yang anda telah laksanakan atau pun tidak, pertukaran anda biasanya akan melibatkan kos yang lebih tinggi.

Tanpa Nama berkata...

Asalamualaikum, saya nak tnya,mcam mna kalau surat tanda saya lulus mnduduki ujian undang2 itu telah hilang? Adakah perlu mmbawa surat itu semasa ingin hadir kpp 02?? Mohon pnjelasan

Fathihah berkata...

Salaam.. sy nak tanye,

Lesen L sy mati pada 12/11/17. Tapi sy dh lulus jpj 8/11/17. Kalau sy tukar lesen L ke P selepas tarikh 12/11 boleh ke?

Unknown berkata...

Assalamualaikum saya ada lesen d auto boleh ke saya tukar kepada lesen d manual? Kalau boleh bagaimana caranya?

isqandar berkata...

Wsalam, untuk yang bertanya berkaitan keputusan ujian undang2, untuk makluman, keputusan lulus ujian tersebut adalah untuk pengeluaran lesen L sahaja, sekiranya lesen L telah dikeluarkan, keputusan tersebut sudah tidak lagi diperlukan.

isqandar berkata...

Utk Fathihah -
Pengeluaran lesen PDL adalah dalam tempoh 1 tahun dari tarikh lulus ujian praktikal, dengan syarat lesen L masih lagi sah tempoh (tidak melebihi 2 tahun dari tarikh lesen L dikeluarkan)

isqandar berkata...

Untuk Muhammad Haziq -

Pertukaran kls lesen adalah atas pertimbangan JPJ, biasanya untuk upgrade kelas dari DA ke D tidak dibenarkan.. walau bagaimanapun, anda boleh cuba memohon di mana2 Cawangan JPJ berdekatan.

Tanpa Nama berkata...

Saya nak tnya. Sy dah buat test jpj, tp gagal. Boleh ke sy nk buat test jpj buat kali 2 di tempat lain ?

Unknown berkata...

assalam. nak tanya. saya hadir kursus 8/3/2017 dan dapat dah lesen L 24/4/2017-23/7/2017. Dah ambik test jpj tapi gagal. Sekarang saya tengah study di uni and takde masa nak amik test jpj ulangan. Kalau amik ulangan tu selepas tarikh 1 tahun dari tarikh hadir kursus, means kena hadiri kursus balik je or kena buat test komputer &lain2 sekali?(start all over again?) Dan kalau nak amik test jpj tu saya kena renew lesen L dulu la kan?

Tanpa Nama berkata...

Saya nak tanya. Kalau saya dah dengar ceramah RPM dan PSM, apa yang perlu dibuat seterusnya?Adakah latihan?

Tanpa Nama berkata...

assalam saya nak tanya, sebelum ni saya amik lesen D. lepas je kelas memandu pertama, saya terus nak tukar kepada DA sbb saya rasa tak boleh bawa manual. macam mana ye prosedur untuk tukar D kepada DA. and boleh ke kalau saya nak tukar tempat belajar memandu jugak? macam mana dengan bayaran yg saya buat sebelum ni dengan tempat belajar yg sekarang? terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, saya baru ada L untuk lesen manual. Boleh ke saya tukar dari manual kepada auto?

Awalluddin berkata...

Asalam. Mcm mana proses tukar Lesen Kereta manual D ke Lesen kereta auto DA. Ada bayaran tak utk proses tersebut? Tq

Tanpa Nama berkata...

Saya nak tanya ada tak orang yg dah hbes 10 jam belajar tapi stay kna tambah masa?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum en. Saya nak tanyaa. Saya dah ada Lesen L utk motorsikal B2. Tapi saya tak tahu nak bawa motorsikal.. Adakah mereka akan ajar cara bawa motorsikal?. Maaf ya. Sebab baru nak belajar bawa motorsikal

Unknown berkata...

Assalamuuallaikum...saya shah ingin bertanya..lesen memandu saya telah tamat tempoh pada bulan 2 tahun lepas (2017).
Sbb saya tak memperbaharui kerna saya sebelum itu saya telah mengalami kemalangan dan tidak boleh berjalan selama hampir 1 tahun.soalannya masih bolehkah saya memperbaharui lesen memandu saya itu..tq

Tanpa Nama berkata...

sekira sy sudah melepasi kpp2,jika kpp3 latihan sy kurang dari 6 jam.Boleh tak sy teruskan untuk pre test terus?jawapan soalan ni boleh dijawab dkt email sy,makkauhijaumarkgreen@gmail.com.tq

Tanpa Nama berkata...

Adik sy baru sahaja lulus ujian komputer. Sedang tunggu proses lesen L untuk siap. Pihak kelas memandu ada memaklumkan nanti adik sy perlu dtg utk 3 sesi berbeza untuk cukupkan 9 jam latihan amali sebelum masuk litar. Walau bagaimanapun 3 sesi tersebut hanya hadir utk thumb in dan thumb out selepas 3 jam. Boleh sy tahu relevannya sesi 9 jam tanpa program tersebut?

Unknown berkata...

Assalamualaikum.. Sy nk tny.. Sy dah test JPJ dan lulus untuk lesen kereta dan dah dpat slip kputusan ujian.. Cuma skrang sy tak pergi buat lagi lesen kerana kekangan masa. Sy nk tny adkah slip keputusan ni ada expired?

Unknown berkata...

Assalamualaikum.. Sy nk tny.. Sy dah test JPJ dan lulus untuk lesen kereta dan dah dpat slip kputusan ujian.. Cuma skrang sy tak pergi buat lagi lesen kerana kekangan masa. Sy nk tny adkah slip keputusan ni ada expired?

Tanpa Nama berkata...

Salam... kategori OKU, jika kudung tangan kiri. adakah perlu untuk dapat pengesahan drpd doktor? Atau boleh terus daftar sekolah memandu macam biasa dan ambil yg DA.

Isamuddin berkata...

Kalau saya dah ambil lesen L untuk motosikal, bolehkah saya menukarnya kepada lesen D?

Tanpa Nama berkata...

hi boleh ke kalau habis belajar kelas d saya pandu kereta automatik mengunakan lesen manual

Unknown berkata...

hanya nak bertanya kalau b2 dah buat lima kali ujian litar lpstu L dah lebih setahun bila saya datang balik nak sambung pusat
intensif lesen kata suruh bayar 2 ratus lebih apa ya tu ? persoalannya saya boleh meneruskan tak kalau saya bayar 2 ratus lebih tu

Unknown berkata...

Hi nak tanya. Saya dah pergi latihan motosikal tapi bila time hari test tu saya tak datang and sekarang dah hampir setahun berlalu. Jadi lepasni boleh ke saya terus sambung latihan P tu semula atau kene ulang L balik?

Tanpa Nama berkata...

Hai. Saya nak tanya kalau buku panduan KPP hilang macam mana ya?

Eswary berkata...

Hi,kita biasa buat apa dalam ujian bahagian 2 dan 3 utk kelas d automatik ?..apa syarat dia utk lulus kat sana ?...

Unknown berkata...

Nak tanya taklimat teori 6 jam tu diadakan hari apa?

Noor Shafika berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,nak tanya,sya dh lulus semua ujian.tapi time nk test jpj saya tak dapat hadir sbb terlibat dalam kemalangan jalan raya..boleh sambung ujian blik ke??

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,saya tumpang screenshot
Terima kasih

Unknown berkata...

Assalamualaikum...
Kalu nk pindah sekolah memandu dalam negeri yang sama bole ke?
Ada apa2 syarat x?

Unknown berkata...

Assalamualaikum, boleh ke kalau orang lain nak guna buku lesen memandu yg kita dah guna sebelum ni? Atau kena beli baru?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum nak tanya ada tips untuk lulus ujian kpp02 sebab saya takut ujian rintangan atas titi.

Unknown berkata...

Aslm ...sy mahu bertanya ...jika sy sudah mengambil amali kpp 02.....untuk kpp 03 ada kah ada limit tempoh hari ..atau boleh datang selepas 1 bulan

Tanpa Nama berkata...

Hai nak tanya . Saya dah lulus ujian memandu bagi kelas D tapi saya hanya dapat lesen memandu sementara iaitu kertas . Adakah saya boleh jalan jauh menggunakan lesen memandu sementara itu ?

Tanpa Nama berkata...

Copy paste sebab mempunyai Solon yang sama- Hai nak tanya . Saya dah lulus ujian memandu bagi kelas D tapi saya hanya dapat lesen memandu sementara iaitu kertas . Adakah saya boleh jalan jauh menggunakan lesen memandu sementara itu ?

Anonymous berkata...

Boleh terangkan amali dan praktikal dalam kelas memandu? Saya diberitau ianya berbeza, cuma sy temui amali dan praktikal bermaksud ayat yang sama..

PERINGATAN

INGATAN BAGI MENGELAKKAN PENIPUAN !!!

# Kenalpasti terlebih dahulu dengan siapa anda berhubung.
# Buat temujanji dan minta bukti2 untuk memastikan kesahihannya.
# Sekiranya pendaftaran melalui tel., pastikan hanya bayaran pendaftaran dibuat, selebihnya dibuat setelah anda berada dilokasi kursus.
# Pastikan anda mendapat penerangan secukupnya.
# Pastikan anda diberikan sebutharga yang lengkap.
# pastikan tiada harga atau bayaran yang terselindung selain dari bayaran2 yang telah diterangkan.
# sekiranya anda anggap harga yang ditawarkan rendah, pastikan anda diberi penerangan yang jelas berkaitan perkhidmatan yang akan diberikan.
# jangan sekali-kali membuat pembayaran awal lebih dari 50% harga yang ditawarkan.
# kenalpasti siapakah yang akan mengajar anda atau pengurusnya, dapatkan sekurang2nya nombor sijil pengajarnya. ia bagi membolehkan anda membuat aduan kepada JPJ sekiranya berlaku perkara2 yang tidak diingini kelak.
# Hubungi kami untuk maklumat & khidmat nasihat percuma walaupun anda tidak mendaftar dengan kami.

PILIH KAMI

KENAPA ANDA BOLEH MEMPERCAYAI KAMI !!!

BAGI MEMENUHI PIAWAIAN KUALITI PERKHIDMATAN & KETEPATAN MASA YANG DIJANJIKAN, KAMI TIDAK MEMERLUKAN KUANTITI CALON. PENDAFTARAN ADALAH TERHAD PADA SATU-SATU MASA.

*. KAMI BERKHIDMAT UNTUK MENCARI KEUNTUNGAN BERDASARKAN TANGGUNGJAWAB, KESUNGGUHAN DAN AMANAH.
*. MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN DARI RUMAH ANDA TERUS KE LITAR LATIHAN/UJIAN.
*. LATIHAN DI BUAT DI LITAR UJIAN.
*. HANYA 1 CALON DILATIH DALAM TEMPOH MASA YANG DITETAPKAN.
*. TIDAK PERLU MENUNGGU GILIRAN SEMASA LATIHAN (BERDASARKAN PENJADUALAN UNTUK CALON YANG DATANG SENDIRI)
*. JADUAL LATIHAN DI CADANGKAN OLEH CALON SENDIRI.
*. KHIDMAT PENGANGKUTAN DISEDIAKAN DAN TIDAK DITOLAK DARI MASA LATIHAN.
*. BAYARAN SECARA ANSURAN DENGAN BAYARAN PERMULAAN YANG RENDAH.
*. TIADA BAYARAN TERSEMBUNYI, SEMUANYA DITERANGKAN KEPADA CALON.
*. POTONGAN HARGA BERDASARKAN PROMOSI DARI MASA KE SEMASA.
*. POTONGAN HARGA UNTUK PENDAFTARAN SECARA BERKELOMPOK.
*. POTONGAN HARGA KEPADA CALON YANG MENDAFTARKAN KENALAN KEPADA KAMI.
*. PENGAJAR YANG BERPENGALAMAN DAN MEMPUNYAI SIJIL YANG SAH DI SISI UNDANG-UNDANG.
*. PENGAJAR YANG SABAR DAN BERTANGGUNGJAWAB.
*. KENDERAAN LATIHAN YANG SAH DAN SELAMAT DIGUNAKAN.

TERMA PENETAPAN HARGA

1. TANPA PENGANGKUTAN. Harga adalah mengikut harga yang ditetapkan oleh JPJ. (Caj perkhidmatan mengurus akan dikenakan).

2. PENGANGKUTAN PENUH. Caj pengangkutan dari mula hingga tamat program akan ditambah dari harga asal berdasarkan purata jarak perjalanan dari rumah anda ke litar latihan di Bangi sepanjang tempoh kursus. Caj yang dibenarkan oleh pihak JPJ adalah RM0.50/km sehala.

3. GST. Bermula 01/04/15, Semua transaksi bayaran yang melibatkan kos kepada pihak yang mendaftar dengan GST akan di tanggung oleh pelanggan/calon. Pihak yang terlibat dengan GST:

>. IM (HQ). (sewaan litar, kursus, sewaan kenderaan jika perlu dan tempahan ujian praktikal termasuk test card), - oleh Institut Memandu Amsa.
>. Pusat Ujian Berkomputer (ujian teori dan pengeluaran lesen L) - oleh MyEg Services

SELEKOH 'Z'

SELEKOH 'S'

LESEN KELAS H

HYDROPLANING/AQUAPLANING

ROUNDABOUT

KENDERAAN LATIHAN YANG SELAMAT

HOW TO AVOID CAR ACCIDENTS

Avoiding accidents can save you a lot of time and money

1. Slow down. Obey the speed limit even if every other car is surpassing it. Remember that police officers often stay hidden from view while looking for speeders. If you're caught driving too fast, they won't hesitate to give you a ticket.

2. Let others pass you. Defensive driving means letting others go ahead-not defending your position in traffic. Avoid the urge to be a vigilante ("Oh yeah? Let me show you what it's like to be cut off like that!") Accept the fact that someone is always going to think they're in more of a hurry than you. These are the drivers you want to move far away from, not to 'teach them a lesson.'

3. Try to avoid driving in bad weather. Always keep your windshield wipers going in the rain or snow. Defrost your windshield to keep it from fogging up. Turn on your headlights to help others to see you--this is also the law in some states. If possible, try to avoid driving in the snow at all, especially if your car is rear wheel drive. If you must go out in the snow, drive extra slow, use the brakes and gas pedal gently, and maintain an increased stopping distance.

4. Never get into a car with a drunk driver. It is always best to have a "designated driver". Never drive after you have had alcoholic beverages. Even one beer can alter your ability to drive safely.

5. Wear a seatbelt. This is a must. By law in many countries, all cars must have a safety restraint. Buckling up only takes a second and can save your life in an accident. Children should always be in a booster seat or car seat until they are tall enough and heavy enough to sit by themselves. This generally includes children age eight and under. Never put a child in a car or booster seat in the front passenger seat or other seat with airbags. Children should generally be 12 and older when sitting in the front passenger seat.

6. Keep your car and its accessories in good condition. Keep the tires properly inflated, the brakes adjusted, and the windshields and windows clean. Replace windshield wiper blades when they begin to streak, and all make sure all the lights are working properly.

7. Use your signals properly. Always use your signal, even if you think no one is there. When changing lanes on the freeway, don't signal as an afterthought or during the lane change. Signal at least a couple of seconds in advance so others know what you're going to do before you do it. (Ever notice how most of the skid marks along the highway are just before an exit ramp? - this is where you have to be the most careful.)

8. Don't tailgate. No matter how slowly traffic is moving, keep at least two seconds of following distance between you and the car ahead. Any less and you won't be able to stop in time if the driver ahead slams on the brakes.

9. Keep your eyes moving. Don't get in the habit of staring at the back of the car ahead of you. Periodically shift your eyes to the side-view mirrors, the rear-view mirror, and ahead to where you'll be in 10-15 seconds. Doing this, you can spot a potentially dangerous situation before it happens.

10. Dim your lights when driving at night, when another car is approaching, or when you are following behind a vehicle. Your lights can temporarily blind another driver.

11. Avoid distractions when you are driving. Pull over if you need to talk on the phone, read directions, or eat a snack. It only takes a second or two of distraction to get into trouble.

TRANSLATE