MEMANDU DALAM KEADAAN HUJAN
SEBELUM MEMULAKAN PEMANDUAN
1. Pastikan perjalanan anda ketika itu adalah perlu, jika tidak, tangguhkan dahulu pemanduan anda sehingga keadaaan hujan reda.
2. Rancang perjalanan anda lebih awal, elakkan dari melalui kawasan yang sentiasa dinaiki air (banjir), masa tambahan perjalanan perlu diambil kira supaya anda boleh memandu perlahan dan kemungkinan kesesakkan.
3. Maklumkan kepada keluarga/rakan berkenaan perjalanan anda, merangkumi laluan, jangkamasa tiba dan sebaik-baiknya bergerak bersama pemandu/kenderaan lain.
4. Pastikan wiper cermin anda dalam keadaan bolehguna dan berfungsi dengan baik.
5. Pastikan bahanapi anda mencukupi.
6. Pastikan talipon bimbit anda dibawa bersama dan dalam keadaan bolehguna untuk sepanjang perjalanan.
SEMASA DALAM PERJALANAN
1. Gunakan/pasang lampu utama kenderaan supaya kenderaan lain boleh melihat anda dengan jelas.
2. Jangan mengunakan lampu kabus (fog light), kerana keterangan cahayanya boleh menenggelamkan cahaya lampu brek anda, dan boleh menggaburi pemandangan pemandu lain.
3. Jangan mengunakan lampu hazad (double signal) dalam keadaan kenderaan bergerak. ia hanya untuk kenderaan yang berhenti dalam keadaan kecemasan.
4. Perlahankan kelajuan, jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan untuk memastikan jarak berhenti yang selamat jika diperlukan. Ingat peraturan 2 saat dan 4 saat.
5. Berhati-hati dengan kenderaan besar/laju, percikan air ke cermin anda boleh menghadkan pemandangan anda.
6. Sekiranya berlaku kerosakan semasa dalam keadaan hujan, jangan buka bonet kenderaan anda sehinggalah bantuan sampai atau setelah hujan berhenti. pastikan tolak kenderaan anda ke tepi jalan dan nyalakan lampu hazad.
7. Memandu terlalu laju semasa melalui takungan air boleh menyebabkan berlaku hydroplaning/aquaplaning. sekiranya berlaku, lepaskan padel minyak anda dan jangan mengunakan brek, terutamanya kenderaan yang tidak mengunakan ABS serta kawal steering.
8. Memandu laju semasa mengharungi air boleh menyebabkan kerosakan.
9. Bertimbang rasa terhadap pengguna jalan yang lain, elakkan dari menghasilkan percikan air yang besar ke atas pengguna yang lain terutama pejalan kaki atau penunggang basikal/motosikal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan