MERANCANG KURSUS
MAKLUMAT
Untuk apa sahaja, perancangan adalah sangat perlu. Apa lagi ia dianggap keperluan dan melibatkan kewangan, masa dan pihak ketiga. Andai kita gagal merancang, maka sebenarnya kita sudah merancang untuk gagal. Begitu juga untuk mendapatkan sesuatu seperti Lesen Memandu, tanpa perancangan yang rapi, pastinya ia akan menjadi sukar yang akhirnya hanya mengundang masalah dan bebanan. Dalam kontek untuk memiliki Lesen Memandu, maklumat/keperluan berikut perlu difikirkan sebelum membuat perancangan.
1. Anda perlu faham bagaimana proses lesen dilaksanakan.
2. Anda perlu tahu jangka/had masa keseluruhan proses, modul dan latihan yang perlu dilalui.
3. Anda perlu tahu tempoh sah sesuatu modul.
4. Anda perlu tahu harga produk yang dilanggan termasuk kos yang di luar jangka secara tepat dan menyeluruh.
5. Anda perlu tahu cara bayaran yang dibolehkan dan tempoh sah setiap peringkat bayaran.
6. Anda perlu tahu hari-hari kursus, latihan, ujian yang ditetapkan oleh institut/sekolah memandu.
7. Anda juga perlu tahu dengan siapa anda berurusan bermula dari pendaftaran sehingga selesai program.
DIRI ANDA
Setelah maklumat seperti yang dinyatakan di atas diperolehi, Anda perlu pula untuk menyediakan diri anda keperluan berikut:
1. Kewangan - Adakah sudah mencukupi?, andai tidak, bolehkah ia distrukturkan mengikut gaji bulanan anda berdasarkan maklumat di atas atau dengan cara yang anda rasa berkemampuan.
2. Masa - Anda penuntut atau suri rumah atau berkerja atau bercuti panjang?.. pastikan anda ada masa atau cukup masa atau boleh mengadakan masa untuk hadir bagi memenuhi keperluan program.
3. Keperluan/Minat - Pastinya ia adalah keperluan, biarpun mungkin bukan untuk sekarang tapi ia sebagai persediaan untuk masa akan datang, maka keperluan tersebut memerlukan minat untuk membina kesungguhan.
4. Mental/Fizikal - Dalam proses pembelajaran apa lagi yang melibatkan praktikal, persediaan mental sangat perlu untuk mengelakkan rasa putus asa, manakala fizikal perlu disesuaikan dengan produk yang ditawarkan.
MERANCANG
Setelah maklumat dan kesediaan diri anda 'fit' untuk diolah, maka barulah kita mampu merancang dengan baik. Merancang untuk menghadiri program kursus memandu dipecahkan kepada beberapa bahagian.
1. Melibatkan Kursus Teori (sehari) dan Ujian Undang-undang (setengahari)
2. Kursus Teori (hari Sabtu untuk kereta dan Ahad untuk Motor) - masa/tarikh ?
3. Ujian Undang-undang (paling awal 3 hari selepas kursus teori - bebas hari) - masa/tarikh?
4. Bayaran Pendaftaran/Ansuran Pertama untuk kedua-dua proses tersebut - bajet?
5. Kedua-dua proses tersebut perlu diselesaikan dalam tempoh 3 bulan atau lebih awal setelah anda membayar Pendaftaran/Ansuran Pertama.
6. Kontingensi - satu tarikh/masa dan bajet kos ulangan.- masa/tarikh/bajet?
7. Kesimpulan - Anda hanya perlu menyediakan/mengada/cuti/cuti hujung minggu utk 3 hari sahaja dalam tempoh 3 bulan, manakala bayaran anda sediakan lebih awal sebelum hadir modul ini.
8. Anda dah dapat Lesen L
1. Melibatkan latihan praktikal 9.5jam kelas motor dan 5.5jam kereta.
2. Motor - 3 hari, setiap kali datang 3jam, 3jam dan 3.5jam (Selasa atau Sabtu sahaja) - masa/tarikh?
3. Kereta - 3 hari, setiap kali datang 2jam,2jam dan 1.5jam (Bebas hari) - masa/tarikh?
4. Bayaran KPP02/Ansuran Kedua untuk keseluruhan modul KPP02. - bajet?
5. Keseluruhan proses modul KPP02 perlu diselesaikan dalam tempoh 3 bulan atau lebih awal setelah anda membuat bayaran KPP02/Ansuran ke2.
6. Kontingensi - 1 tarikh/masa?
7. Kesimpulannya - Anda hanya perlu menyediakan/mengadakan/cuti/cuti hujung minggu untuk 4 hari sahaja dalam tempoh 3 bulan, manakala bayaran telah dikumpul semasa proses modul KPP01.
1. Melibatkan latihan praktikal 6jam kelas motor dan 10jam kereta
2. Motor - 3 hari atau kurang, setiap kali datang 2jam atau lebih (kcuali hari Selasa) - masa/tarikh?
3. Kereta - 5 hari atau kurang, setiap kali datang 2jam atau lebih (bebas hari) - masa/tarikh?
4. Bayaran KPP03/Ansuran Ketiga untuk keseluruhan modul KPP03 - bajet?
5. Keseluruhan proses modul KPP03 perlu diselesaikan dalam tempoh 3 bulan atau lebih awal setelah anda membuat bayaran KPP03/Ansuran ke 3
6. Kontingensi - 1 tarikh/masa?
7. Kesimpulannya - Anda hanya perlu menyediakan/mengadakan/cuti/cuti hujung minggu untuk 4 hari (motor), 6 hari (kereta) hari sahaja dalam tempoh 3 bulan, manakala bayaran telah dikumpul semasa proses modul KPP02.
1. Melibatkan Ujian dalaman selewat-lewatnya selesai dalam tempoh sehari (Kecuali hari Selasa untuk motor, kereta bebas hari) - masa/tarikh?
2. Bayaran QTI/Ansuran Keempat untuk hari pra ujian - bajet?
3. QTI dilaksanakan setelah anda bersedia untuk ujian JPJ, dilaksanakan seminggu lebih awal dari tarikh ujian. QTI dilaksanakan sebaik anda membuat bayaran QTI/Ansuran ke 4
4. Kontingensi - 1 tarikh/masa?
5. Kesimpulannya - Anda hanya perlu menyediakan/mengadakan/cuti/cuti hujung minggu untuk 2 hari sahaja dalam tempoh 1.5 bulan, manakala bayaran telah dikumpul semasa proses modul KPP03.
1. Dilaksanakan selewat-lewatnya selesai dalam tempoh sehari (Hari jumaat sahaja, 2 kali sebulan) - masa/tarikh?
2. Bayaran Baki/Ansuran Kelima (jika ada berbaki) pada hari ujian - bajet?
3. Kontingensi - tiada atau 2 minggu kemudiannya
4. Kesimpulannya - Anda hanya perlu menyediakan/mengadakan/cuti seperti yang ditetapkan untuk 1 hari sahaja dalam tempoh 1.5 bulan, manakala bayaran telah dikumpul semasa proses modul QTI.
KESIMPULAN
1. Keseluruhan tempoh program yang ditawarkan - 1 tahun
2. Cara bayaran - 5 kali ansuran mengikut modul dalam tempoh setahun
3. Kehadiran - 10 hari untuk Motor, 12 hari untuk Kereta dalam tempoh setahun
4. Kehadiran Kontingensi - 4 hari
5. Program boleh diselesaikan seawal-awalnya dalam tempoh 1.5 bulan.
Berdasarkan pemerhatian/pengalaman, calon/ibu/bapa/penjaga/suami sentiasa kelihatan bermasalah atau terbeban bila mana sebahagian program telah terlaksana dan kelihatan sukar untuk meneruskan program dengan seribu satu alasan. khususnya bila melibatkan masa dan bayaran. Struktur bayaran dan tempoh program terlalu mudah berbanding lain-lain kursus berbayar, jadi kenapa gagal untuk merancang dengan baik?, Orang yang hebat merancang sebenarnya dia merancang untuk dirinya menjadi hebat. Selamat merancang..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan