AMALAN PEMANDU SELAMAT
Amalan sebelum memulakan pergerakan terbagi kepada 3, (Mengikut piawaian Penilaian Ujian Praktikal JPJ)
1. RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN (RPK) - 24 Item
2. RUTIN SEBELUM MEMANDU (RSM) - 20 Item
3. RUTIN SELAMAT (RS) - (C.I.T.O)
RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN (RPK) - "First Parade Task"
(Sebelum memasuki kenderaan atau setiap kali bertukar kenderaan lain - Tindakan pemeriksaan di bawah adalah teratur mengikut arah pusingan jam)
TEKNIK MEMULAKAN PERGERAKAN/KELUAR & MASUK SUSUR.
1. I (lampu isyarat) - Beri isyarat (kiri/kanan) mengikut arah ke mana anda hendak bergerak.
2. BREK - Perlahankan kenderaan (untuk pergerakan keluar/masuk susur sahaja)
3. GEAR - Masukkan gear atau pastikan gear dalam kedudukan (gear rendah).
4. C (cermin) - Pandang cermin pandang belakang kemudian cermin sisi (mengikut arah isyarat).
5. T (toleh) - Toleh secara fizikal ke arah belakang (mengikut arah isyarat)
6. BREK TANGAN - Lepaskan brek tangan sekiranya keadaan telah mengizinkan untuk bergerak (untuk memulakan pergerakan sahaja)
7. O (olahgerak) - Mulakan pergerakkan atau menyusur ke arah dikehendaki.
TEKNIK BERTUKAR LORONG.
1. I (lampu isyarat) - Beri isyarat (kiri/kanan) mengikut arah ke mana anda hendak bergerak.
2. BREK - Perlahankan kenderaan JIKA PERLU (untuk memastikan jarak dengan kenderaan hadapan adalah selamat)
2. GEAR - Gear yang sesuai (rendahkan gear jika perlu).
3. C (cermin) - Pandang cermin pandang belakang kemudian cermin sisi (mengikut arah isyarat).
4. T (toleh) - Toleh secara fizikal ke arah belakang (mengikut arah isyarat)
5. O (olahgerak) - Mulakan menyusur ke arah lorong yang dikehendaki.
SEMAKAN TERKINI
* RPK DI BAWAH ADALAH MENGIKUT KEPERLUAN JPJ NEGERI SELANGOR YANG TELAH DITAKLIMATKAN KEPADA KAMI PADA 20/04/15. PEGAWAI JPJ YANG TERLIBAT ADALAH PN SAMSIAH DAN EN. MOHD ROZI.
RUTIN SEBELUM MEMANDU (RSM) – 20 ITEM
DAN 1 ITEM MANDATORI (5 MINIT)
Dilaksanakan sebaik pemandu memasuki kenderaan dan sebelum melakukan olahgerak.
RUTIN PEMERIKSAAN
KENDERAAN (RPK) – 24 ITEM (7 MINIT)
Posisi
|
Pemeriksaan - SENTUH, PANDANG & NYATAKAN "...."
|
HADAPAN
|
PEMERIKSAAN DOKUMEN
12. (Keluarkan lesen L dan periksa) "LESEN BELAJAR MEMANDU SAYA kelas D/DA masih sah tempoh sehingga ...." 12. (Sila periksa cukai jalan) "CUKAI JALAN KENDERAAN masih sah tempoh sehingga ...." DITERUSKAN DENGAN PEMERIKSAAN KENDERAAN 10. "CERMIN HADAPAN dalam keadaan baik/retak/…” 11. (angkat wiper dan bersihkan) "WIPER HADAPAN KIRI & KANAN dalam keadaan baik/koyak/..."
07. "BONET HADAPAN dalam
keadaan baik/kemek/..."
01.
"LAMPU HADAPAN KANAN & KIRI dalam keadaan baik/pecah/..."
04.
"LAMPU ISYARAT HADAPAN KANAN & KIRI dalam keadaan baik/pecah/..."
02.
"NO. PLATE PENDAFTARAN hadapan
XXX 1234 cukup bilangan dalam keadaan baik/pecah/..."
03.
"BUMPER HADAPAN dalam
keadaan baik/pecah/..."
|
SISI KANAN
|
05.
"TAYAR HADAPAN KANAN tekanan
angin, bunga dan keadaan fizikal tayar memuaskan/berkeadaan baik/..."
04,08.
"LAMPU ISYARAT SISI & CERMIN SISI, KANAN dalam keadaan baik/tidak pecah/..."
09.
"CERMIN PINTU HADAPAN DAN BELAKANG, KANAN dalam keadaan baik/retak..."
#.
Buka pintu hadapan (pemandu) dan tarik
tuil bonet hadapan, but belakang.
#.
Tutup pintu
05.
"TAYAR BELAKANG KANAN tekanan
angin, bunga dan keadaan fizikal tayar memuaskan/berkeadaan baik/..."
|
BELAKANG
|
10.
"CERMIN BELAKANG dalam
keadaan baik/retak/..."
# (angkat wiper belakang jika ada dan bersihkan) "WIPER BELAKANG dalam keadaan baik/koyak/..."
06.
"LAMPU BREK KE TIGA, LAMPU BREK & LAMPU BELAKANG
KANAN & KIRI dalam keadaan
baik/pecah/...".
04.
"LAMPU ISYARAT BELAKANG KANAN & KIRI dalam keadaan baik/pecah/..."
07.
"BUT BELAKANG dalam
keadaan baik/kemek/..." (merujuk kepada
penutup but)
02.
"NO. PLATE PENDAFTARAN BELAKANG XXX 1234 cukup bilangan dalam keadaan
baik/pecah/..."
03.
"BUMPER BELAKANG dalam
keadaan baik/pecah/...".
|
(RUANG
BUT)
|
#.
Buka bonet (pemeriksaan ruang but)
22.
"Dilengkapi dengan SEGITIGA AMARAN”
21.
"Dilengkapi dengan TAYAR GANTIAN, tekanan angin bunga dan keadaan fizikal tayar memuaskan/berkeadaan
baik/..."
23.
"Dilengkapi dengan TOOLS
spana pembuka tayar/ pemutar jek/jek/jumper/…"
#.
Tutup bonet
|
SISI KIRI
|
05.
"TAYAR BELAKANG KIRI tekanan
angin, bunga dan keadaan fizikal tayar memuaskan/berkeadaan baik/..."
09.
"CERMIN PINTU BELAKANG DAN HADAPAN, KIRI dalam keadaan baik/retak..."
04,08.
"LAMPU ISYARAT SISI & CERMIN SISI, KIRI dalam keadaan baik/tidak pecah/..."
05.
"TAYAR HADAPAN KIRI tekanan
angin, bunga dan keadaan fizikal tayar memuaskan/berkeadaan baik/..."
|
HADAPAN
(RUANG
ENJIN)
|
#.
Buka bonet
16.
“BATERI SEL BASAH dalam keadaan baik” – (buka
salah satu penutup) - "paras
elektrolit/air bateri mencukupi/tidak mencukupi..."
16.
“BATERI SEL KERING dalam keadaan baik” – (jika
ada penunjuk) - "warna penunjuk
berwarna hijau/hitam/putih, bateri dalam keadaan baik/perlu
dicaj/ditukar".
18. (buka penutup) “Paras AIR TANGKI SIMPANAN RADIATOR mencukupi/tidak cukup.
17.
(buka penutup) “Paras AIR TANGKI RADIATOR mencukupi/tidak cukup.
20.
(picit hos) "HOS AIR dalam keadaan
baik/retak/..."
13.
(cabut dipstick, bersihkan, masukkan
semula, cabut semula) “Paras MINYAK
PELINCIR/ENJIN mencukupi/tidak cukup”
19.
(tekan) - "TALI SAWAT dalam
keadaan baik/terlalu tegang/terlalu kendur"
15.
(buka penutup) - "paras MINYAK STEERING mencukupi/tidak
mnencukupi..."
14.
(buka penutup) - "paras CECAIR BREK mencukupi/tidak
mnencukupi..."
#.
(buka penutup) - AIR WIPER mencukupi/tidak mencukupi..."
#.
Tutup bonet
24. Memastikan RPK dilakukan dalam tempoh 7 minit. |
* No bil adalah berdasarkan urutan dalam borang pelilaian baru JPJ, no. bil yang sama adalah di bawah
kategori item yang sama, salah satunya
tidak dinyatakan (kategori item yang sama), maka markah untuk item tersebut
akan ditolak.
RUTIN SEBELUM MEMANDU (RSM)
BREK TANGAN
|
01. Masuk kenderaan, duduk terus pastikan brek tangan berada
dalam kedudukan brek
|
TEMPAT DUDUK
|
02. Laraskan bersesuaian dengan kedudukan kaki
|
KEUDUKAN TANGAN
|
03. Letakkan pergelangan tangan pada steering
dalam kedudukan tangan ditegangkan (laraskan penyandar), kemudian alihkan
kedudukan pegangan 9 - 3 /10 - 2, siku sedikit bengkok
|
CERMIN SISI/P.BELAKANG
(Untuk saga auto, laraskan selepas enjin dihidupkan setelah cermin
tingkap boleh diturunkan)
|
04. Laraskan pandangan jelas nampak separas ke
belakang dalam kedudukan selesa
|
'ON' SUIS
(Buat pemeriksaan pada panel board)
|
06. Tolok/Penunjuk suhu berfungsi/tidak
berfungsi
08. Lampu amaran tekanan minyak enjin
berfungsi/tidak berfungsi.
09. Lampu amaran bateri berfungsi/tidak
berfungsi
*. Lampu amaran MIL berfungsi/tidak berfungsi
(tiada dalam senarai pemarkahan)
07. Lampu amaran brek tangan berfungsi/tidak
berfungsi.
05. Tolak/penunjuk bahanapi/bakar
berfungsi/tidak berfungsi.
|
GEAR BEBAS
|
10. Pastikan gear bebas/gear dalam kedudukan P
(auto)
|
HIDUPKAN INJIN
|
11. Dalam
keadaan klac/brek(auto) ditekan tanpa menekan pemecut
|
PERIKSA FUNGSI SUIS/METER
|
15. Tekometer/meter RPM berfungsi/tidak
berfungsi.
12. Lampu hadapan berfungsi/tidak berfungsi
13. Lampu isyarat berfungsi/tidak berfungsi
17. Hon berfungsi/tidak berfungsi
16. Pemancut air & wiper berfungsi/tidak
berfungi
14. Lampu hazard berfungsi/tidak berfungi
|
TALI PINGGANG KELEDAR
|
18.Uji
keadaan talipinggang keledar
19. (M) DAN PASANG TALIPINGGANG KELEDAR DENGAN SEMPURNA
*18. Memastikan penumpang memakai talipinggang keledar. "encik, minta maaf, sila pakai talipinggang keledar, kita dah nak bergerak" (1 markah - dilakukan semasa RSM untuk bergerak ke jalan raya (Bahagian III) 20. Melakukan pemeriksaan dalam tempoh 5 minit. |
* No bil adalah berdasarkan urutan dalam borang pelilaian baru JPJ (RSM UNTUK DALAM LITAR BAHAGIAN II kecuali tambahan pada bil *18),
RUTIN SELAMAT (RS)
Rutin bagi memastikan keadaan sekeliling selamat untuk memulakan olahgarak - olahgerak masuk/mula, dipersimpangan/susur, memotong/bertukar lorong mahupun olahgerak keluar.
TEKNIK MENGGUNAKAN C.I.T.O, Secara praktikalnya, C.I.T.O hanyalah satu taknik mengingat, CARA MENGGUNKANNYA TIDAK SEMESTINYA MENGIKUT TURUTAN SEPERTI BERIKUT :
RUTIN SELAMAT (C.I.T.O) – MEMULAKAN
PERGERAKAN
C - cermin (Mirror)
|
Lihat
cermin - pandang belakang, sisi
|
I –
isyarat (Signal)
|
(M) Beri
isyarat - arah yang betul
|
GEAR
|
Gear yang sesuai dalam kedudukan
|
T –
toleh (blind spot check)
|
Toleh
kebelakang - periksa 'blind spot'
|
BREK TANGAN
|
Pastikan brek tangan di lepaskan
|
O –
olahgerak (Manoeuvre)
|
Memulakan
pergerakan - berhati-hati
|
TEKNIK MEMULAKAN PERGERAKAN/KELUAR & MASUK SUSUR.
1. I (lampu isyarat) - Beri isyarat (kiri/kanan) mengikut arah ke mana anda hendak bergerak.
2. BREK - Perlahankan kenderaan (untuk pergerakan keluar/masuk susur sahaja)
3. GEAR - Masukkan gear atau pastikan gear dalam kedudukan (gear rendah).
4. C (cermin) - Pandang cermin pandang belakang kemudian cermin sisi (mengikut arah isyarat).
5. T (toleh) - Toleh secara fizikal ke arah belakang (mengikut arah isyarat)
6. BREK TANGAN - Lepaskan brek tangan sekiranya keadaan telah mengizinkan untuk bergerak (untuk memulakan pergerakan sahaja)
7. O (olahgerak) - Mulakan pergerakkan atau menyusur ke arah dikehendaki.
TEKNIK BERTUKAR LORONG.
1. I (lampu isyarat) - Beri isyarat (kiri/kanan) mengikut arah ke mana anda hendak bergerak.
2. BREK - Perlahankan kenderaan JIKA PERLU (untuk memastikan jarak dengan kenderaan hadapan adalah selamat)
2. GEAR - Gear yang sesuai (rendahkan gear jika perlu).
3. C (cermin) - Pandang cermin pandang belakang kemudian cermin sisi (mengikut arah isyarat).
4. T (toleh) - Toleh secara fizikal ke arah belakang (mengikut arah isyarat)
5. O (olahgerak) - Mulakan menyusur ke arah lorong yang dikehendaki.
63 ulasan:
Terima kasih atas perkongsian ini.
Ilmu yang amat berguna untuk saya. Terima kasih atas info yang dikongsi.
Time kasih di atas perkongsian berkenaan...
boleh la saya study di rumah... :)
tengs bnyk2....
terima kc byk2..smoga usaha ini memperoleh keberkatan :')
tima kasih banyak2 sebab kongsikan info rpk ni, saya tak tau mcm mna nk susun ayt, tp bila dh jumpa ni , bersyukur sgt sbb test QTI jumaat ni, dan jpj minggu dpn..saya tak taw la saya bleh buat ke tak..doakan saya semoga saya lulus ya.. "—"
mana tangki air simpanan?
INSYALLAH... tangki air simpanan untuk radiator berada berhampiran dengan tangki radiator. klik gbr ruang enjin di atas... ia ditandakan dengan tangki simpanan radiator.
tatacara jpj test bagaimana nanti ya?
nak tanya sikit berkenaan dengan tempoh masa pra-ujian.....betul ke 30 minit sahaja yg diperuntukkan kpd calon?hakikatnya 30 minit tidak begitu mencukupi...harap pihak LP boleh mengklarifikasikan kekeliruan saya nie...terima kasih
Bhagian enjin tu boleh tk tunjukkan gna video hehehehe
Untuk Pra-ujian atau juga dikenali sebagai QTI, masa yang diperuntukan mengikut Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu sememangnya hanya 30 minit sahaja. ia adalah termasuk di dalam 16jam latihan yang diwajibkan ke atas calon sebelum layak menduduki ujian praktikal JPJ. (Kls D/DA - Modul KPP02 - 5.5jam, modul KPP03 - 10jam dan Pra-Ujian - 30 minit).
Insyallah, cadangan untuk menunjukkan RPK di bahagian enjin dalam bentuk video akan kami usahakan. terima kasih.
Terima kasih atas perkongsian. Semoga sama-sama kita peroleh kejayaan didunia dan diakhirat .
Doakan saya Selasa nie lulus test kereta ..
Sama-sama, moga bermanfaat untuk semua pengunjung blog ini sama ada calon saya sendiri atau sesiapa sahaja yang ingin mempraktikkannya. semoga anda berjaya memperolehi ilmu dan lesen memandu. terima kasih.
tumpang tanya, kalau qti test tu hanya melibatkan rpk dan rsm sahaja atau melibatkan ujian litar juga?
QTI atau pra ujian adalah melibatkan keseluruhan element dalam Bhg 2 (litar) dan Bhg 3 (jalanraya). ia adalah ujian untuk memastikan seseorang calon sama ada layak atau tidak untuk menduduki ujian sebenar oleh JPJ.
Assalamualaikum, terima kasih atas perkongsian, semua anda diberkati, doakan ujian jpj saya berjaya esok.
Wsalam, Sama-sama.. semoga sama-sama diberkati, insyallah semoga berjaya dalam ujian saudara esok. insyallah.
takut nye..esok dah JPJ
Moga anda telah berjaya dan selamat menduduki ujian praktikal JPJ hari ini...
salam nak tanya. tabung minyak streng tu yang mn satu? yang botol putih tu ka?
Wsalam, yer.. rujuk kepada gambar di atas, tabung minyak steering adalah yang berwarna putih. terima kasih
WAH BANYAKNYE NAK SEBUT.TAPI KITE DALAM BULAN INI DAH NAK JPJ.TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIANNYE
Terima kasih, semoga anda berjaya dan lulus dalam ujian praktikal JPJ. amin.
Alhamdu Lillah..amat bermanfaat..mudah2an ilmu yg dikongsi menjadi saham kubur n akhirat..aaminnn.
Alhamdu Lillah..amat bermanfaat..mudah2an ilmu yg dikongsi menjadi saham kubur n akhirat..aaminnn.
Amin.. terima kasih atas doa saudara.. moga blog ini bermanfaat untuk sesiapa sahaja sebagai tambahan rujukan bagi yang memerlukan.
Salam. Saya nak tanya untuk transmisi kereta auto bila kah yg sepatutnya kita masa memakai tali pinggang keselamatan semasa membuat rsm? Ada kah slps selesai membuat cito atau selepas cek handbrek?
Wsalam, Dalam borang penilaian JPJ, pemeriksaan dan pemakaian tali pinggang adalah di dalam RSM, tetapi ia tidak ditetapkan bila sepatutnya ia dipakai, tak salah dipakai dahulu sepeas hand break untuk mengelakkan terlupa, yang paling penting tali pinggang mesti dipakai sebelum kenderaan bergerak dan sebelum CITO atau di akhir RSM. CITO adalah Rutin Selamat untuk kita melakukan olahgerak.
Super useful, thanks a lot!
Terima kasih kerana menghargainya.
Assalamualaikum. Saya nak tanya semasa berada dalam kereta untuk melakukan rsm, perlukah kita menyebut setiap perlakuan yg kita lakukan contohnya seperti "Laraskan tempat duduk" "menarik brek tangan" atau pun tidak?
Terima kasih atas maklumat diatas.
Saya sempat baca malam tadi dan sebelum jalani
Ujian II dan III pagi tadi.
Syukur lulus ujian P
Thanks! This is so useful for an unprepared person like me!
Alhamdulillah sy study notes ni semalam hari ni sy dah berjaya lulus ujian JPJ. Terima kasih atas perkongsian yg amat membantu ni, moga dirahmati Allah 😃
minggu dpn dh jpj...huhuh doakan sy..terima kasih atas perkongsian ...
qti ni bila yer di tanya? sy tak berapa faham mengenai rpk dan rsm. bila masa dia nak soal dan bila pulak ujian praktikal jpj litar dan jalan raya
Terima kasih kpd pnulis blog ni. Sempat baca sebelum qti tadi. The best notes 👍
Nak tanya. Lampu amaran M.I.L itu kan, M.I.L itu stands for apa?
Maaf nk tye bila dia akan suruh kita bt rsm dgn yg satu lg tu ek
Salam nak tanya,tangki air wiper actually dekat mana? Tq
M.I.L bermakna Malfunction Indicator Light atau Lampu penunjuk/amaran kepincangan system injin.
Dalam borang penilaian JPJ, RSM dibuat 2 kali, pertama untuk Ujian Bhg 2, selepas buat RPK sebelum mula ujian dalam litar, yang ke dua dibuat semasa ujian Bhg 3, sebelum bergerak ke jalanraya.
Tangki air wiper terletak di dalam bonet, biasanya terletak dibahagian tepi kiri sekiranya kita berdiri mengadap bonet.
kalau tak datang qti..boleh takk
Terima kasih atas perkongsian, ia amat berguna buat saya yang bakal menghadap ujian jpj, terima kasih sekali lagi.
Salam.
Untuk kereta auto, adakah perlu menekan brek dahulu sebelum hidupkan enjin ?
Atau hdupkan enjin dan serentak menekan brek ?
Atau hidup enjin selepas tu menekan brek ?
Wsalam, baik, untuk menghidupkan enjin kenderaan auto, sebaiknya tekan brek dan dalam masa yang sama enjin dihidupkan, setelah enjin hidup, brek boleh dilepaskan perlahan2 jika belum ingin bergerak. dan tekan semula brek apabila memasukkan gear.
Salam..thanks for the info...esok qti pra ujian...tatuttttt..nyeee...debo mcm dh nak test jpj dah...huhuhu
Terima kasih. Sangat membantu. Nota yang diberikan membantu saya untuk menggunakan bahasa baku semasa rpk dan rsm dengan betul. Terima kasih sekali lagi. 🙂
In stock products can be shipped out within 3-5 business days upon receipt of customers' purchase order. Rutin
Kereta axia manual..tidak mempunyai tabung minyak stering.....dia mengunakan stering kuasa elekronik......
berguna la sebab lagi satu jam nak test baru review
Hi nak tanya, semua item tu memang kena sebut satu persatu ke time RPK & RSM? Banyak. Kalau ada yang terlupa, termissed kena tolak markah ya? Thanks
terima kasih banyak banyak untuk perkongsian ini. semoga tuan sentiasa diberkati & dimurahkan rezeki :)
Alhamdulillah thankkyouuuu perkongsian . Doakan saya esok ada ujian memandu:) semoga lulus dengan cenerlang
Thank you atas perkongsian ilmu bos. Doakan sy lulus ujian jpj esok pagi 😌
Salam nak tnya yang bonet viva depan tu bahagian dalam dia sama ke dengan saga automatik?
esok jpj, doakan saya guys
Bos doakan saya lulus ujian jpj Saya sudah 1 tahun baru nak buat ujian JPJ tempat saya ambil lesen tak ada lagi panggilan semua sudah siap saya buat kalau saya tanya dia cakap orang lama dulu buat cakap saya ini orang baru lagi
hi hahaha saya nak jpj nii terima kasih utk info ><)b suka sukaaa semoga saya lulus dengan gemilang
Catat Ulasan