MAKNA PENUNJUK UNTUK VIVA (MANUAL)
Dalam Rutin pemandu untuk RSM (Rutin Sebelum Memandu), calon dikehendaki 'on'kan suis penghidup untuk memeriksa fungsi penunjuk. memaklumkan semua indicator (penunjuk amaran) pada panel board (papan pemuka) berfungsi sekiranya semua lampu amaran menyala. Lampu amaran seharusnya padam sebaik engin dihidupkan.
* LAMPU AMARAN/PENUNJUK SUHU. - maklumkan berfungsi sebaik kelihatan menyala bila suis di 'on' kan.
* LAMPU AMARAN/PENUNJUK SUHU. - maklumkan berfungsi sebaik kelihatan menyala bila suis di 'on' kan.
Ditanda sebagai 1. LAMPU AMARAN TEKANAN MINYAK ENGIN. - maklumkan berfungsi.
Lampu amaran akan menyala sekiranya sistem pelinciran tidak berfungsi semasa engin beroperasi,
Ditanda sebagai 2. LAMPU AMARAN CAS BATERI. - maklumkan berfungsi.
Lampu amaran akan menyala sekiranya sistem cas tidak berfungsi semasa engin hidup - Bateri akan dicas berterusan oleh alternator sekiranya engin beroperasi.Ditanda sebagai 3. LAMPU AMARAN M.I.L (MALFUNCTION INDICATOR LIGHT). - maklumkan berfungsi.
Lampu amaran akan menyala semasa engin hidup sekiranya terdapat sebarang kegagalan/pincang tugas di dalam sistem engin yang dikawal oleh sistem elektronik.
Ditanda sebagai 4. LAMPU AMARAN SISTEM BREK. - maklumkan berfungsi.
Lampu amaran menyala semasa brek tangan/parking brake dalam keadaan brek. Lampu amaran akan terus menyala walaupun brek tangan telah dilepaskan sekiranya cecair brek berada di bawah paras minimum pada tabung cecair brek.
Ditanda sebagai 5. PENUNJUK BAHANAPI. - Maklumkan kedudukan bahanapi mencukupi atau sebaliknya.
* TACHOMETER/METER RPM.- HANYA SETELAH ENJIN DIHIDUPKAN. maklumkan berfungsi apabila jarum penunjuk bergerak sebaik enjin dihidupkan.
PENUNJUK UNTUK SAGA (AUTOMATIK)
KEMBALI KE HALAMAN RUTIN PEMANDU
3 ulasan:
mintak maaf ye..boleh x ubah style tulisan..susahnyer lah nak bace lagi2 yg rabun mcm sy nie..mintak maaf lah ye..trima kasih
yer ke... mintak maaf banyak-banyak... boleh syorkan kepada sy jenis tulisan yang sesuai... saya akan ubah. sama-sama atas teguran membina.
Boleh buat kan yg kereta axia punya ?. Maaf bertanya
Catat Ulasan