TEMPOH SAH SESUATU URUSAN/MODUL DALAM PROGRAM LESEN MEMANDU
1. TEMPOH SAH PENDAFTARAN - SATU (1) TAHUN bermula dari tarikh pendaftaran/invois dikeluarkan.
2. TEMPOH SAH SIJIL KPP01 (KELAS 6 JAM) - SATU (1) TAHUN bermula dari tarikh hadir kursus.
3. TEMPOH HADIR DAN LULUS UJIAN BHG 1 - SATU (1) TAHUN. Ujian berkomputer boleh dibuat seawal-awalnya 3 hari selepas tarikh hadir kursus, dan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum 1 tahun.
4. TEMPOH SAH LESEN LDL (L) - DUA (2) TAHUN bermula dari tarikh lesen L dikeluarkan. Perlu diperbaharui (renew) setiap 3 bulan atau 6 bulan jika dalam latihan atau menunggang.
5. TEMPOH SAH MODUL KPP02 - SATU (1) TAHUN. Perlu selesai keseluruhan program latihan dan menduduki ujian praktikal JPJ dalam tempoh 1 tahun setelah Sijil KPP02 dikeluarkan.
6. TEMPOH SAH LULUS PRA UJIAN (QTI) - ENAM (6) BULAN - Perlu menduduki ujian praktikal JPJ dalam tempoh tersebut.
7. TEMPOH MENGULANG UJIAN PRAKTIKAL JPJ - SATU (1) TAHUN bermula dari tarikh ujian praktikal JPJ yang diduduki bagi tujuan tempahan ulangan semula.
8. TEMPOH SAH KEPUTUSAN UJIAN PRAKTIKAL/VOKASIONAL JPJ - SATU (1) TAHUN. Kad PDL/CDL/Vokasional perlu dikeluarkan dalam tempoh tersebut bermula dari tarikh lulus ujian.
9. TEMPOH SAH PEMERIKSAAN KESIHATAN- ENAM (6) BULAN bermula dari tarikh borang JPJL8A ditandatangani oleh doktor yang memeriksa.
10. TEMPOH SAH LESEN PDL (P) - DUA (2) TAHUN bermula dari tarikh lesen P dikeluarkan. dan TEMPOH PENUKARAN PDL (P) KE CDL adalah SATU (1) TAHUN bermula dari tarikh lesen P tamat tempoh.
KEGAGALAN CALON MEMATUHI KETETAPAN DI ATAS AKAN MENYEBABKAN CALON TERKELUAR DARI PROGRAM (BAYARAN TIDAK DIKEMBALIKAN), ATAU PERLU MELAKSANAKAN/MENGULANG/MENDUDUKI SEMULA MODUL/UJIAN (DENGAN CAJ BARU),
*Klik Kembali ke laman TERMA & SYARAT
9. TEMPOH SAH PEMERIKSAAN KESIHATAN- ENAM (6) BULAN bermula dari tarikh borang JPJL8A ditandatangani oleh doktor yang memeriksa.
10. TEMPOH SAH LESEN PDL (P) - DUA (2) TAHUN bermula dari tarikh lesen P dikeluarkan. dan TEMPOH PENUKARAN PDL (P) KE CDL adalah SATU (1) TAHUN bermula dari tarikh lesen P tamat tempoh.
KEGAGALAN CALON MEMATUHI KETETAPAN DI ATAS AKAN MENYEBABKAN CALON TERKELUAR DARI PROGRAM (BAYARAN TIDAK DIKEMBALIKAN), ATAU PERLU MELAKSANAKAN/MENGULANG/MENDUDUKI SEMULA MODUL/UJIAN (DENGAN CAJ BARU),
*Klik Kembali ke laman TERMA & SYARAT
6 ulasan:
macam mana dengan situasi saya,tempoh lesen L saya akan tamat pada 10/1/2021 tetapi saya sudah hampir 3 kali mendaftar untuk test jpj sewaktu start dari bulan 9 sehingga november ini tetapi semua nya tidak berjaya kerana covid yang semakin meningkat dan pkbp dilaksanakan yang membuat saya tidak boleh merentas negeri.saya berapa di KL dan tempat belajar mamandu yang saya daftar do kuala kangsar perak kerana university saya situ.adakah situasi ini boleh dimaafkan kerana saya bukan sengaja untuk melambat lambatkan test ini semua ini atas dasar covid,,saya berharap jpj beri kelonggaran kepada saya untuk tidak mengeluarkan saya dari program ini dan mengulangnya dari awal.semoga persoalan saya dapat dijawab.
Yaa..xde kelonggaran sikit pon atas sebab covid ni..
Incase macam saya pula, saya daftar L Pada 18/10/19 dan expired pada 17/01/20, adakah temph selama 2 tahun tu dikira dari tahun 2019 tu?
Salam sejahtera , izinkan sy bertanya berapa lamakah tempoh masa yg diberikan utk pengambilan lesen motor ulangan, sy sudah lepas bhgian 3 akan tetapi tidak pada bahagian 2 jadi berapa lamakah tempoh yg diberikan disebabkan cuti semester kolej yg tak menentu dan covid ini juga yg menjadi permasalahan .
Salam Sejahtera , izinkan saya bertanya , incase macam saya pula saya mula ceramah pada 26/9/2021 dan menduduki ujian komputer seminggu selepas tu , dan saya gagal ujian komputer lepastu saya tidak dapat mengulanginya semula kerana saya sudah start sambung belajar sampailah sekarang macam mana ya ? ia dikira perlu mengulanginya semula ataupun terus sambung untuk ujian komputer kali kedua ?
macam mana pula kalau saya dah lulus ujian jalan raya tapi gagal ujian litar. and saya pun mengulang litar tapi dah lebih daripada tiga bulan dari tarikh ujian jpj yg saya gagal dulu. jadi, ujian jalan raya yg saya lulus tiga bulan lepas valid lagi ke?
Catat Ulasan